Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:56
Isyak
8:11

Keharmonian dan keamanan kaum dan agama harus terus dijaga: Masagos

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Keharmonian dan keamanan kaum dan agama harus terus dijaga: Masagos

Sep 08, 2022 | 10:22 PM

KEHARMONIAN dan keamanan yang dinikmati Singapura hari ini adalah hasil usaha gigih semua pihak, termasuk pemimpin agama, politik dan masyarakat, yang bekerjasama untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu, dan ini sesuatu yang harus terus dijaga, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Beliau berkata Singapura merupakan contoh negara majmuk yang sentiasa berusaha menyelesaikan apa pun masalah dengan cara baik dan memastikan keharmonian dan keamanan terus ditegakkan.

Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, menambah bahawa masyarakat yang bersatu padu, keharmonian dan keamanan tidak muncul secara rambang mahupun tanpa sebarang usaha. 

“Singapura sebuah contoh di mana bukan kita tidak selalu tiada masalah, namun hakikatnya adalah cara kita menyelesaikan masalah tersebut walaupun kita sebuah masyarakat majmuk.

“Pihak kepimpinan juga mempunyai komitmen untuk memastikan apa jua masalah yang dihadapi, pada akhirnya kita mahukan keamanan dan keharmonian. 

“Dan ini satu objektif bersama yang dimiliki semua pemimpin, termasuk pemimpin agama, politik dan masyarakat, dan itu sebabnya kita menikmati keamanan dan keharmonian di Singapura… Ini tidak boleh diambil ringan. Ia bukan sesuatu yang automatik,” kata beliau.

Encik Masagos berkata demikian ketika ditemui media di akhir majlis bagi menyambut pelantikan ketua Gereja Kristian Roman Katolik, Ketua Biskop William Goh, sebagai kardinal bulan lalu.

Majlis itu diadakan di Gereja St Joseph’s di Upper Bukit Timah hari ini (8 Sept) dan dihadiri Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bersama isteri, Cik Ho Ching. Ia juga dihadiri Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Encik Masagos berkata Singapura menghargai penghormatan yang diberikan kepada Kardinal Goh atas kepimpinan dan komitmen beliau untuk menyebarkan keharmonian dan keamanan dalam kalangan pelbagai agama, dan untuk menerajui usaha tersebut bukan hanya di Singapura, malah di rantau ini.

Kardinal Goh merupakan rakyat Singapura yang pertama untuk menerajui peranan itu.

Paus Francis telah melantik 21 kardinal baru semasa satu pertemuan rasmi Kolej Kardinal yang diadakan pada 27 Ogos lalu.

Encik Masagos berkata: “Saya telah berinteraksi dengan beliau banyak kali dalam mesyuarat dan acara. Setiap kali, kami membuat kesimpulan yang sama bahawa kami mahu bekerjasama di Singapura, sebuah negara berbilang kaum dan agama, untuk mencapai keamanan dan keharmonian serta menjadi contoh kepada yang lain,” kata beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3