Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMPENA 20 TAHUN SERANGAN PENGGANAS 9/11

Keharmonian kaum dan agama di SG satu usaha berterusan: PM Lee

Sep 11, 2021 | 05:30 AM



KEHARMONIAN kaum di Singapura merupakan satu usaha yang berterusan sedang kita - dari semasa ke semasa - menyesuaikan keseimbangan rapuh yang telah dicapai oleh setiap masyarakat, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Serangan 11 September 2001 (9/11) telah menunjukkan betapa kuatnya tekanan yang boleh memecahbelahkan kita dan perlunya kita berhati-hati apabila membuat perubahan pada formula yang mewujudkan keharmonian kaum dan agama di Singapura.



Berkata demikian dalam satu komentar sempena 20 tahun serangan pengganas 9/11 ke atas Amerika Syarikat yang telah menggemparkan dunia, Encik Lee berkata:



"Jangan sesekali menganggap bahawa kita telah dapat melenyapkan kecenderungan individu untuk berpihak kepada kumpulan-kumpulan kaum dan agama mereka sendiri.



"Kita perlu terus mengeratkan lagi perpaduan setiap lapisan masyarakat, dan dari masa ke semasa menyesuaikan keseimbangan rapuh yang telah dicapai oleh setiap masyarakat."



Encik Lee turut menarik perhatian bahawa selepas dua dekad serangan tersebut, usaha memerangi pengganasan belum lagi nampak penghujungnya. Malahan, pengganasan ektremis semakin berleluasa dan media digital telah menyebarkan racun ini.




Laporan lanjut :






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >