Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keharmonian kaum hasil kerja keras bertahun-tahun: Chan Chun Sing

Jan 16, 2022 | 05:30 AM



KEHARMONIAN kaum di sini merupakan hasil kerja keras selama bertahun-tahun oleh setiap anggota masyarakat yang telah berusaha gigih untuk mempromosikan persefahaman dan membuat penyesuaian bersama, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Memberi ucapan sempena sambutan Ulang Tahun ke-80 Persatuan Islam Kadayanallur Singapura (SKML), Encik Chan memberi contoh pembinaan Masjid Moulana Mohd Ali yang terletak di besmen UOB Plaza 1 di Raffles Place.



Beliau berkata demikian sewaktu pelancaran buku: Singapore Tamil Muslims (Muslim Tamil Singapura) yang ditulis secara bersama oleh Encik A R Mashuthoo dan Encik Raja Mohamad.



"Masjid Moulana Mohamad Ali dibina pada tahun 1950-an, terletak di sekitar Raffles Place dan Market Street. Selepas UOB memperoleh tanah di mana masjid itu berdiri, masjid beralih ke besmen bank. Encik Masuthoo dan Encik Raja menyatakan bahawa "lokasi yang tidak disangka itu iaitu di besmen sebuah bank Cina setempat sering menjadi perbualan menarik antara Muslim dengan bukan Muslim.



"Ia sesuatu yang tidak disangka kerana secara intuitif kita tahu bahawa keharmonian berbilang kaum bukan sesuatu yang terjadi secara semula jadi.



"Bagi kita di Singapura, ia adalah hasil kerja keras selama bertahun-tahun oleh semua masyarakat, yang telah membuat usaha gigih untuk mempromosikan persefahaman dan penyesuaian bersama, supaya kita boleh hidup sebagai satu rakyat, satu Singapura," jelas Encik Chan lagi.



Buku tersebut pertama kali diterbitkan pada 2015 dalam bahasa Tamil. Edisi bahasa Inggeris diterbitkan supaya ia dapat dibaca lebih meluas dalam masyarakat. Buku itu dijual pada harga $37.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >