Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA BM BERSAMA K. SHANMUGAM

Kehidupan beragama terpelihara, masyarakat hargai ruang bersama

Feb 12, 2017 | 05:30 AM



PEMIMPIN agama yang ada sekarang memahami konteks kehidupan masyarakat Singapura yang berbilang kaum dan agama.



Justeru, meskipun wujud penghargaan agama yang lebih mendalam oleh semua penganut agama berbeza di sini, pemimpin tersebut menerima dan menghargai cara hidup di Singapura.



Menyifatkan perkembangan itu sebagai sesuatu yang positif, Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata:



"Kini, terdapat satu semangat keagamaan yang meningkat. Lebih ramai penganut Kristian ke gereja, Muslim ke masjid dan penganut Hindu ke kuil.



"Saya sering mengadakan pertemuan dengan biskop, pemimpin Islam dan Hindu, dan di tengah-tengah semangat keagamaan yang meningkat itu, terdapat penerimaan terhadap cara hidup kita di Singapura ini," ujarnya.



Encik Shanmugam, yang juga Menteri Undang-Undang, berkongsi penilaiannya itu dalam satu wawancara dengan Berita Harian, baru-baru ini.



Wawancara tersebut menyusuli ucapannya pada simposium mengenai agama, konflik dan perdamaian yang dianjurkan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS).



Dalam ucapannya, Encik Shanmugam memberikan jaminan pemerintah kepada semua warga Singapura bahawa ia komited menjaga keselamatan, perlindungan dan kebebasan beragama kepada semua, termasuk masyarakat Islam di sini.



Mengulas lanjut mengenai penilaiannya, Encik Shanmugam berkata sedang beliau gembira dengan sikap keterbukaan pemimpin agama sekarang, beliau prihatin bagaimana memastikan pemimpin generasi mendatang turut berkongsi nilai progresif pemimpin sebelum mereka.



Pemimpin agama, tegas Encik Shanmugam, perlu mempunyai keberanian dan kekuatan semangat untuk melakukan perkara yang betul dalam keadaan yang mencabar.



"Memang lebih mudah bersetuju dan mengatakan 'ya' kepada kumpulan anda. Pastinya, sukar mengatakan kepada mereka 'tidak', masyarakat kita merupakan masyarakat majmuk, masyarakat berbilang kaum.



"Ini merupakan ajaran agama kita, sama ada agama Kristian, Islam ataupun Hindu, dalam masyarakat berbilang kaum beginilah cara agama kita diamalkan supaya kita dapat membuka lebih banyak ruang persamaan," kata Encik Shanmugam.



Sehubungan itu, dalam wawancara lebih sejam itu, Encik Shanmugam menarik perhatian kepada perkembangan di negara-negara serantau dan rakyat Singapura menurutnya harus peka dan berhati-hati.



Di seberang Tambak, beliau berkata kini terserlah trend semangat keagamaan yang menyemarak yang menyebabkan perpecahan berdasarkan jalur kaum.



Di Indonesia pula, terdapat tunjuk perasaan yang tercetus dek isu kaum dan agama serta disasarkan kepada kaum minoriti.



Perkembangan ini, tegas Encik Shanmugam, berpotensi mempunyai kesan kepada masyarakat Singapura - terutama masyarakat Melayu - jika masyarakat membenarkannya mempengaruhi mereka.



Menurutnya, jika perpecahan kaum itu semakin mendalam di negara-negara serantau dan terdapat isu yang disasarkan terhadap kaum minoriti di sana, ia mungkin mencetuskan reaksi di Singapura.



"Masyarakat India di sini terlalu kecil dan pengaruh luar tidak begitu kuat kerana pertama, India terlalu jauh dan kedua, masyarakat India di sini juga lebih maju daripada masyarakat di India.



"Jadi hakikatnya, kita melihat dinamik masyarakat Melayu-Cina di rantau ini," ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >