Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Kehilangan besar pada masyarakat, negara'

Presiden, PM dan rakan seperjuangan Pak Sarkasi kenang sumbangan Allahyarham
Oct 16, 2021 | 05:30 AM



SATU kehilangan besar bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga negara.



Pemergian seniman dan tokoh batik tersohor Singapura Sarkasi Said dirasai negara dengan Presiden Halimah Yacob yang menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang mempunyai minat yang mendalam dan berdedikasi dalam memperjuangkan hasil seninya.



Kali terakhir Puan Halimah bertemunya ialah tahun lalu semasa menyampaikan Pingat Budaya, penghormatan kesenian tertinggi Singapura di Istana.



"Beliau akan diingati atas minat dan kesungguhannya dalam memperjuangkan karya seninya.



"Beliau meninggalkan legasinya di dinding-dinding Istana," tulis Puan Halimah sambil memuat naik gambar hasil karya Allahyarham yang menghiasi dinding di Istana.



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong turut merakamkan rasa dukacitanya dan terkesan menyusuli berita pemergian permata seni itu.



Dalam catatan Facebook Encik Lee, beliau menyifatkan Allahyarham sebagai insan yang tidak pernah lupa akan asal usulnya dan berusaha sedaya upaya untuk memupuk barisan pelapis penggiat seni batik di kalangan generasi seterusnya.



"Saya akan sentiasa mengingati Pak Sarkasi kerana beliau menghasilkan beberapa baju batik yang saya kenakan bagi acara-acara kebangsaan," ujarnya.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut memuji dan menyanjungi usaha yang dijalankan Allahyarham Sarkasi sepanjang hidupnya berkecimpung dalam bidang seni selama hampir 60 tahun.



"Almarhum Pak Sarkasi dianggap sebagai antara perintis dan penggiat seni batik Singapura yang amat disegani.



"Saya yakin ramai di kalangan kita pernah menikmati karyanya yang dipamerkan di serata Singapura seperti di Istana, Bangunan Parlimen, pejabat Pemerintah, kedutaan dan hospital," katanya.



Allahyarham Sarkasi yang dikenali dengan panggilan 'Baron of Batik' meninggal dunia pada Khamis malam pada usia 81 tahun.



Jenazahnya selamat dikebumikan pagi semalam.



Salah seorang daripada empat anak Allahyarham, Encik Ika Zahari Sarkasi, memberitahu Berita Harian baru-baru ini bahawa bapanya telah dirawat di hospital selama lima hari sebelum dibawa pulang.



Ini kerana kedua-dua ginjal Allahyarham telah rosak dan doktor tidak dapat melakukan apa-apa untuk merawatnya.



Seorang teman seperjuangan Allahyarham dalam bidang seni, pakar tembikar, Dr Iskandar Jalil yang juga penerima Pingat Budaya, berkata memang tiada pengganti Allahyarham di Singapura.



Kali terakhir beliau sempat berbual dengan arwah adalah sekitar empat minggu lalu di hospital.



"Katanya kepada saya, usah kerja terlalu keras dan jangan lupa rehat," kata Dr Iskandar, 81 tahun, yang merupakan antara yang pertama tiba menziarahi jenazah pagi semalam dan sempat memandikannya.




Laporan lanjut: Belasungkawa 'Bapa Baik SG'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >