Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keibubapaan positif bawa hasil lebih baik bagi anak, orang tua: Kajian

Dec 05, 2021 | 05:30 AM



IBU bapa yang membesarkan anakanak menggunakan kaedah keibubapaan positif telah menunjukkan hasil lebih baik dari segi emosi dan juga tingkah laku anak-anak, menurut dapatan satu kajian yang dijalankan ke atas sebuah program keibubapaan setempat.



Menurut dapatan kajian bagi Program Keibubapaan Positif itu, atau Triple P, markah bagi tekanan emosi turun 31 peratus bagi ibu bapa dengan anak-anak sekolah menengah yang menerapkan kaedah keibubapaan positif.



Sementara itu, markah bagi tingkah laku bermasalah anak pula merosot 22 peratus.



Bagi ibu bapa dengan anak-anak sekolah rendah pula, markah bagi kepuasan dan keberkesanan keibubapaan meningkat 15 peratus manakala markah tingkah laku bermasalah anak pula merosot 18 peratus.



Dapatan tersebut dikongsi Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dalam ucapannya di Seminar Keluarga 2021: Keibubapaan Positif, Memperkasa Keluarga yang diadakan dalam talian semalam.



Program Triple P itu merupakan program berasaskan bukti oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang melengkapi ibu bapa dengan teknik bagi menyokong kecekapan psikologi, sosial dan emosi anak-anak berusia sehingga 16 tahun.



Program keibubapaan tersebut memberi tumpuan pada lima bidang utama, iaitu mewujudkan persekitaran pembelajaran positif untuk anakanak, mencipta persekitaran selamat, mempunyai jangkaan realistik terhadap anak-anak, mengamalkan disiplin tegas dan bukan mengenakan hukuman, dan penjagaan diri bagi ibu bapa.



Dr Faishal berkata meskipun prinsip keibubapaan dan nilai-nilai yang dikongsi bersama anak-anak dan keluarga tetap sama seperti generasi lalu, gaya dan alat keibubapaan yang digunakan perlu mengikut perkembangan trend dan masa.



"Kelaziman media sosial dan penggunaan meluas alat bijak bererti anak-anak hari ini terdedah kepada pengaruh luar dan memerlukan bimbingan dalam mengemudi ruang dalam talian.



"Ibu bapa hari ini juga berdepan dengan isu-isu zaman moden, seperti menguruskan masa skrin dan memahami isu kesihatan mental.



"Kita harus mendidik diri kita sendiri tentang strategi untuk menghadapi cabaran ini kerana terdapat kesan negatif jika kita mengabaikan kesihatan mental anak-anak kita atau membiarkan mereka tanpa bimbingan," kata beliau.



Dr Faishal menambah terdapat pelbagai program bagi menyokong ibu bapa dalam membesarkan anak.



Ini seperti Yayasan Temasek-Projek Arif oleh Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk menyokong ibu hamil sebelum dan selepas bersalin dan program KidStart di bawah Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) yang membantu keluarga berpendapatan rendah dengan anak-anak berusia enam tahun dan ke bawah.



Sebagai ibu bapa Muslim, Dr Faishal menambah agama merupakan cara menyampaikan nilai seperti kasih sayang, belas kasihan dan rasa hormat, kepada anak-anak.



"Ibu bapa boleh melengkapi diri mereka dengan pemahaman betul mengenai aspek keibubapaan Islam dan belajar cara berinteraksi dan mendidik anak-anak mengikut usia mereka menerusi contoh baik.



"Kadi dan naib kadi serta pemimpin masjid kita sentiasa ada untuk menyokong ibu bapa muda dengan program keluarga dan sumber untuk menggalak ikatan kekeluargaan dan pendidikan bagi kedua-dua ibu bapa dan anak-anak," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >