Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keihsanan sentuh hati jururawat untuk beralih jaga pesakit tenat

Jul 13, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Muhammad Ikliluddin Abdul Rahmat mendapat inspirasi untuk beralih ke dunia penjagaan paliatif iaitu penjagaan untuk orang sakit tenat dan keluarga mereka, selepas melihat hubungan lembut dan sabar antara kakitangan hospital dengan pesakit.



"Para pesakit dan keluarga menghadapi banyak tekanan kerana mereka sakit tenat. Saya sangat tersentuh dengan sifat keihsanan yang ditunjukkan oleh doktor dan jururawat kepada para pesakit," kata Encik Ikliluddin.



Beliau menjadi jururawat pada 2009.



Pada 2016, beliau menerima diploma pakar dalam bidang kejururawatan paliatif dan beralih dari Hospital Tan Tock Seng ke Hospis Dover Park.



Encik Ikliluddin merupakan Jururawat Staf Kanan dan sejak empat tahun lalu telah berkhidmat menjaga pesakit tenat dan keluarga mereka di rumah masing-masing.



Beliau antara 125 jururawat yang telah menerima Anugerah Merit Jururawat baru-baru ini, bagi menghargai prestasi cemerlang dan dedikasi mereka terhadap bidang kejururawatan.



Dengan bantuan pasukannya, beliau merawat sekitar 30 pesakit pada satu-satu masa dan menziarahi empat atau lima pesakit setiap hari.



"Kita cuba menziarahi setiap pesakit sebulan sekali atau bila mereka memerlukannya. Kita juga mengajar ahli keluarga mereka bagaimana untuk menjaga pesakit bila kita tidak hadir," kata Encik Ikliluddin.



Namun, beliau kadangkala terharu dengan emosi kerana sering berada di sekeliling pesakit tenat.



"Dalam bidang paliatif, kita dapat mengenali pesakit dan keluarga mereka dengan lebih mendalam dan secara peribadi. Walaupun kita mesti bersikap profesional, kadangkala susah untuk mengawal emosi kita apabila penyakit mereka semakin teruk," katanya.



Beliau teringat salah satu pesakit pertamanya, seorang lelaki berusia 50 tahun yang tinggal bersendirian.



Menjelang akhir rawatannya, beliau dibawa ke hospital kerana penyakit barahnya makin teruk..



Beliau diserang angin ahmar di hospital, tetapi sempat memegang tangan Encik Ikliluddin dan ucapkan terima kasih.



Beliau berkata:



"Pada mulanya, saya tidak rasa khidmat jagaan saya mencukupi kerana saya hanya bersamanya selama dua atau tiga minggu.



"Setelah bermuhasabah, saya sedar yang perbuatan kecil dan kehadiran kami boleh meninggalkan kesan yang sangat besar kepada pesakit kami."



Ini membuat Encik Ikliluddin bangga dengan tugasnya dan sangat bersyukur yang usahanya dihargai.



Beliau berkata sokongan dari isterinya dan rakan kerjanya memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai jururawat.



"Masih ada banyak lagi perkara untuk saya pelajari dan saya hanya mahu meningkat kemahiran saya," kata Encik Ikliluddin.




"Dalam bidang paliatif, kita dapat mengenali pesakit dan keluarga mereka dengan lebih mendalam dan secara peribadi. Walaupun kita mesti bersikap profesional, kadangkala susah untuk mengawal emosi kita apabila penyakit mereka semakin teruk."



- Encik Muhammad Ikliluddin Abdul Rahmat, Jururawat Staf Kanan, Hospis Dover Park.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >