Kejar ijazah, diploma di sebalik barah limfoma

BAK kata pepatah, selagi ada kemahuan di situ ada jalan.

Penakat barah limfoma tahap empat, Encik Muhammad Ashiq Muhammad Sarip, 26 tahun, membuktikan penyakit yang dialaminya bukan rintangan bagi beliau menggenggam segulung ijazah.

Selepas tiga tahun bergelar mahasiswa, anak bongsu dua beradik ini akhirnya berjaya meraih ijazah sarjana muda jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) baru-baru ini.

Seperti beliau, seorang lagi anak muda, Cik Nurhidayah Sapadi, 20 tahun, juga memastikan barah limfoma tidak menghambat cita-citanya.

Meskipun terpaksa menjalani sesi kemoterapi sepanjang beberapa bulan semasa berada di tahun akhir kursusnya, anak sulung dua beradik itu berjaya meraih diploma penerbitan media daripada Politeknik Republic (RP) Mei lalu.

Laporan lanjut: