Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan Minggu Ini

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



Kekal hubungan dua hala walau HSR dibatalkan



SETELAH bertahun-tahun berbincang dan mencapai persetujuan serta menandatangani perjanjian membangunkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), namun akhirnya projek itu dibatalkan.



Ini setelah kedua-dua Singapura dan Malaysia gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang disarankan Malaysia menjelang tarikh akhir 31 Disember 2020.



Malaysia telah membenarkan perjanjian dua hala itu luput pada 31 Disember itu dengan Singapura tidak dapat menerima saranan Malaysia untuk meniadakan pembekal sistem dan pengendali rangkaian projek HSR kerana ia merupakan "penyimpangan asas" daripada perjanjian asal.



Projek yang asalnya dapat meningkatkan kesalinghubungan antara dua negara itu, dapat mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dengan Singapura kepada 90 minit, berbanding empat jam menerusi kereta dan sekitar lima jam menerusi penerbangan (dari mula hingga akhir, termasuk perjalanan ke lapangan terbang).



Kesan sampingan HSR juga diramal dapat dirasakan di beberapa tempat lain di Malaysia kerana terdapat rancangan membina tujuh stesen di sepanjang laluan rel sepanjang 350 kilometer itu,



Walaupun projek mega itu tidak dapat dijayakan, kededua pemimpin negara itu menekankan komitmen dua negara itu untuk mengekalkan hubungan yang baik.



"Kedua-dua negara kekal komited untuk memelihara hubungan dua hala yang baik dan bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang, termasuk memperkukuh ketersambungan antara dua negara," menurut kenyataan bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.




Ekon S'pura kuncup lebih perlahan tahun lalu



EKONOMI Singapura tahun lalu, seperti yang diramalkan, mengalami penguncupan paling buruk sejak kemerdekaan negara ini, ekoran penularan wabak Covid-19.



Sepanjang tahun lalu, ekonomi merosot 5.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, umum Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Namun angka itu adalah lebih baik daripada ramalan awal iaitu penguncupan antara 6 peratus dengan 6.5 peratus.



Malah dari suku-ke-suku, terdapat peningkatan ekonomi pada suku keempat 2020 dengan kenaikan 2.1 peratus, berikutan pertumbuhan 9.5 peratus pada suku ketiga.



Pencapaian ekonomi lebih baik itu menyusuli penyambungan semula lebih banyak kegiatan ekonomi pada suku ketiga dan keempat ekoran kelonggaran sekatan pergerakan di negara ini.



Selain itu, sektor seperti pengilangan juga tumbuh lebih pesat didorong antaranya kelompok kejuruteraan jitu dan biomedikal.



Bagi tahun depan pula, pertumbuhan ekonomi diramal cerah dengan kenaikan antara 4 peratus dengan 6 peratus - yang tertinggi sejak 2011 apabila pertumbuhan 6.3 peratus dicatatkan.



Unjuran lebih cerah itu juga menyusuli adanya usaha vaksinasi di negara itu dan juga merata negara lain di dunia, yang dijangka membolehkan lebih banyak kelonggaran sekatan kegiatan ekonomi dan sosial, sekali gus mampu mendorong pertumbuhan positif ekonomi di kebanyakan negara dunia.



Semoga ekonomi tahun ini akan lebih baik berbanding tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >