Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kekurangan doktor lokum dirasakan sektor perubatan

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



KEKURANGAN bilangan doktor lokum - doktor yang bertugas bagi menggantikan tempat doktor tetap - bukan sahaja menjejas pemilik klinik keluarga (GP) tetapi juga pemilik klinik bukan GP.



Contohnya, Dr Elias Tam, pengasas klinik estetik perubatan, EHA Clinic, juga terjejas sejak pandemik Covid-19 kerana kekurangan doktor lokum yang boleh mengambil alih sesi kliniknya.



"Selalunya klinik saya memerlukan empat hingga enam doktor lokum setiap minggu untuk sesi petang dan hujung minggu.



"Sekarang, kami bersyukur jika boleh dapatkan separuh daripada jumlah itu," katanya yang mempunyai dua klinik - di Shaw Centre dan Jurong West.



Gara-gara kesukaran mendapatkan doktor lokum, klinik beliau kini terpaksa ditutup pada setiap Ahad sejak lebih setahun yang lalu.



"Tanpa doktor lokum untuk mengambil alih sesi klinik, doktor-doktor residen yang bekerja di klinik perlu melakukan sesi tambahan.



"Namun, penyelesaian ini tidak dapat bertahan buat masa yang panjang kerana doktor-doktor di klinik kami juga perlukan waktu berehat demi keseimbangan yang sihat.



"Oleh itu kami memutuskan untuk menutup sesi tertentu dan mereka yang memerlukan rawatan terpaksa menunggu sehingga Isnin jika mereka ingin mendapatkan rawatan di klinik kami," jelasnya.



Bagi Dr Saiful Nizam Subari, beliau juga terjejas kerana kekurangan doktor lokum yang boleh mengambil alih tempatnya ketika beliau harus menjalani khidmat kerahan NS selama dua minggu tahun lalu.



"Setiap doktor mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan selalunya klinik GP akan memerlukan doktor lokum beberapa kali setiap tahun kerana mereka mungkin memerlukan masa untuk rehat, bercuti atau seperti saya, untuk menjalani khidmat kerahan NS.



"Sewajarnya, lebih baik jika kami mempunyai doktor lokum yang sama untuk menampung sepanjang tempoh masa yang diperlukan.



"Kalau tidak, kami harus mendapatkan beberapa doktor lokum yang berbeza untuk menampung masa yang berbeza dan ia boleh menjadi agak rumit," katanya.



Kini, beliau jarang mengambil cuti kerana menghadapi kesukaran untuk mendapatkan doktor lokum untuk mengambil alih sesinya.



"Kebanyakan doktor juga mengambil berat tentang kualiti lokum yang meliputi klinik mereka kerana ia boleh menjejaskan penyampaian penjagaan kesihatan kepada pesakit," katanya yang memiliki MyHealth Medical Centre di West Coast Drive.



Selain hari-hari biasa, kliniknya turut dibuka setengah hari pada hujung minggu demi memenuhi permintaan dari pesakitnya.



Dr Saiful menganggarkan situasi ini akan berterusan sehingga jangkitan Covid-19 tidak lagi menjadi ancaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >