Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kekurangan tenaga kerja, langkah Covid-19 antara isu dibincangkan di Parlimen

May 06, 2022 | 09:36 PM



MASALAH kekurangan tenaga kerja di Singapura seiring dengan kelonggaran peraturan Covid-19 merupakan beberapa isu utama yang akan dibincangkan apabila Parlimen bersidang pada Isnin (9 Mei).



Beberapa Ahli Parlimen (AP) telah mengajukan soalan - sama ada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah mengambil langkah-langkah perlu untuk menyokong perniagaan - seperti sektor makanan dan minuman serta katering - yang menghadapi kesukaran mengupah pekerja. 



AP Encik Yip Hon Weng (PAP-Yio Chu Kang) bertanya apakah usaha yang sedang dilakukan untuk menggalakkan pekerjaan tempatan dan bagaimana MOM membantu sektor yang menghadapi kekurangan pekerja tempatan.  Beliau juga bertanya sama ada kementerian akan melonggarkan dasar pekerja asing sekiranya keadaan tenaga kerja tidak berputus asa.



AP Cik Yeo Wan Ling (PAP-Pasir Ris-Punggol) dan Encik Liang Eng Hwa (PAP-Bukit Panjang) bertanya sama ada sumber tenaga manusia akan dialihkan ke sektor lain bagi mereka yang bekerja dalam pekerjaan berkaitan Covid-19 seperti duta jarak selamat.



Soalan lain berkaitan pandemik yang akan ditanya adalah termasuk kelonggaran peraturan bagi penduduk yang tidak divaksinasi, serta kesan wabak terhadap pesakit bukan Covid-19 yang menghadapi kelewatan rawatan.



Beberapa AP turut mengemukakan soalan berhubung kes penipuan semasa menduduki peperiksaan melibatkan peguam pelatih. Berapa AP akan bertanya jika sebarang tindakan lanjut telah diambil, dan  jika Kementerian Undang-undang akan memperkenalkan sebarang peraturan untuk peguam pelatih baru. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >