Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelab Golf Sentosa dinobat padang golf terbaik dunia

Oct 30, 2019 | 11:43 AM



Kelab Golf Sentosa (SGC) telah dinobat sebagai Kelab Golf Terbaik di Dunia dalam Anugerah Golf Dunia tahunan semalam (29 Oktober).



Selain itu, Kelab Golf Serapong di Sentosa juga dinamakan padang golf terbaik Singapura.



Pengurus besar  SGC, Encik Andrew Johnston, berada di Abu Dhabi untuk menerima trofi-trofi tersebut.



"Pencapaian ini masih belum dapat dihayati dengan sepenuhnya. Bukan selalu kami (boleh berbangga dengan) gelaran No.1.”



"Ini merupakan pencapaian hebat bukan hanya untuk kelab, tetapi juga bagi Singapura. Kami telah menunjukkan bahawa kami mampu berdaya saing dengan yang terbaik di dunia,’’ katanya kepada The Straits Times (ST).



Kategori Kelab Golf Terbaik Dunia baru dikenalkan tahun ini, dan menilai faktor seperti mutu kemudahan setiap hari, bilangan kejohanan bertaraf dunia yang dianjurkan, komitmen terhadap penjagaan alam sekitar dan permainan golf yang dimainkan oleh atlit di bawah 16 tahun.



Undian dibuat oleh pegawai profesional yang bekerja dalam industri golf dan mereka yang menggunakan perkhidmatan golf seperti pelancong yang menjelajah dunia untuk bermain golf.



Meskipun tidak ada anugerah bagi Kelab Golf Terbaik pada tahun-tahun sebelumnya, kelab golf St Andrews Links di Scotland telah mendapat gelaran padang Golf Terbaik Dunia sebanyak lima kali sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >