Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelab kesihatan baru di Jalan Kayu dilancar

Tawar pemeriksaan bulanan bersubsidi bagi penyakit metabolik, program rekreasi
Feb 05, 2023 | 05:30 AM



PEMERIKSAAN bulanan bersubsidi untuk penyakit metabolik seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis akan dibawa kepada mereka yang tinggal berdekatan Serangoon North Ave 4, degan pelancaran Kelab Kesihatan Masyarakat Jalan Kayu semalam.



Dilancarkan oleh Pejabat Kawasan Undi Jalan Kayu di bawah Persatuan Rakyat (PA), kelab itu berharap dapat mempromosikan pengesanan awal penyakit sebegitu, bagi menggalak anggota masyarakat melebihi usia 40 tahun agar bertanggungjawab untuk kesihatan mereka sendiri.



Pemeriksaan itu adalah percuma bagi warga emas yang mempunyai kad Generasi Perintis, $2 bagi mereka yang mempunyai kad Generasi Merdeka atau kad biru atau jingga Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas), $5 bagi mereka yang mempunyai kad Chas lain, dan $20 bagi yang lain.



Kelab itu juga akan menjalankan program rekreasi seperti kelas senaman aerobik dan ceramah oleh karyawan penjagaan kesihatan tentang menghasilkan resipi sihat yang boleh dibuat di rumah. Ia akan dijalankan oleh rakan masyarakat seperti Hospital Tan Tock Seng, Sport Singapore dan Rangkaian Sukan Masyarakat Jalan Kayu.



Di samping itu, kelab itu juga sedang bekerjasama dengan pengamal perubatan umum (GP) di kawasan tersebut untuk merujuk pesakit yang menghidap penyakit metabolik kepadanya supaya mereka boleh mendapatkan sokongan untuk mengurus keadaan mereka sendiri, lapor akhbar The Straits Times.



Dr Mok Boon Rui, seorang GP di Pinnacle Family Clinic, yang mempunyai cawangan di Serangoon North, berkata kelab kesihatan masyarakat baru itu boleh dilihat sebagai "permulaan awal" bagi Healthier SG, atau SG Lebih Sihat, iaitu rancangan negara untuk model kesihatan berasaskan masyarakat yang bermula pada hujung tahun ini.



Dengan operasi harian kelab itu kebanyakannya dikendalikan oleh relawan, Cik Ng Ling Ling, Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio dan penasihat divisyen Jalan Kayu, berkata bahawa ia merupakan projek perintis yang bertujuan "membawa pengurusan penyakit kronik dan kesihatan pencegahan kepada kejiranan anda."



Kelab itu kini dibuka dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dari Isnin hingga Jumaat, tetapi waktunya mungkin dilanjutkan ke 6 petang apabila terdapat lebih ramai relawan untuk membantu mengendalikannya.



Dalam usaha menggalakkan orang ramai agar melibatkan diri, 1,000 orang pertama yang mendaftar di kelab itu akan diberikan jam tangan bijak percuma dari KaHa, syarikat jam tangan bijak tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >