Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Setempat

Kelab Masyarakat ‘bijak’ Singapura yang pertama dibuka di Radin Mas

Oct 07, 2019 | 10:26 AM

DIBUKA semula selepas hampir tiga tahun menjalani kerja-kerja pengubahsuaian, Kelab Masyarakat Radin Mas kini mempunyai beberapa inisiatif bijak, seperti ‘Ruang Bijak’ yang membolehkan  penduduk membaca surat khabar atau buku elektronik  menggunakan komputer.

Penduduk yang ingin membuat tempahan untuk kursus atau untuk menggunakan kemudahan boleh melakukannya sendiri di kios layan diri yang dibuka 24-jam.

Kunci fizikal tidak lagi diperlukan oleh kakitangan atau pelatih berdaftar untuk memasuki kebanyakan bilik di kelab masyarakat itu, kerana kini bilik boleh dibuka menggunakan imbasan muka staf atau pelatih.

Menteri Negara (Sosial dan Pembangunan Keluarga merangkap Ehwal Luar), Encik Sam Tan, yang juga Anggota Parlimen untuk Radin Mas akur bahawa Radin Mas merupakan sebuah estet matang, malah sekitar satu pertiga penduduknya berusia 50 tahun ke atas, namun, beliau berkata: "Menggalakkan inisiatif digital seperti ini adalah cara yang baik untuk melihat bagaimana penduduk warga tua kita akan memberi respons terhadapnya. 

“Kami akan mengumpulkan maklum balas daripada mereka dan memberikannya kepada PA (Persatuan Rakyat), dan melihat cara pelaksanaan yang lebih berkesan, supaya generasi Kelab Masyarakat yang seterusnya akan menjadi lebih bijak. "

Menurut laporan The New Paper (TNP), selain daripada inisiatif digital, Kelab Masyarakat Radin Mas juga merupakan kelab masyarakat yang pertama di Singapura yang ditempatkan bersama dengan sebuah organisasi kebajikan sukarela, Singapore Children’s Society.

Bahkan, selain ‘Ruang Bijak’, kelab masyarakat enam tingkat itu juga menempatkan pusat senanam pagi bagi warga tua kendalian NTUC, selain kemudahan studio seni dan studio memasak.
 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian