Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelab masyarakat baru di Punggol East dibuka 2020

Sep 16, 2018 | 05:27 PM



IBU bapa   di Punggol East akan mempunyai satu lagi pilihan tajaka  apabila sebuah kelab masyarakat  baru dibuka pada  2020.



Tajaka itu akan memenuhi   tingkat atas bangunan lima tingkat baru tersebut,    yang  termasuk juga sebuah besmen.



 Kelab masyarakat itu,   yang   sekitar lapan kali lebih besar daripada yang sedia ada di Blok 193 Rivervale Drive, akan menjadi kelab masyarakat  pertama   dibina menggunakan kayu buatan manusia  yang menggunakan bahan  boleh dibaharui dan menggunakan kaedah pasang siap bagi   mengurangkan kerja yang dilakukan di tapak.



Encik Charles Chong, Anggota  Parlimen (AP) Punggol Timur dan penasihat akar umbi, memberitahu satu majlis pecah tanah pada  Ahad (16 Sep) bahawa kelab masyarakat  itu bertujuan  menjadi tempat bagi  penduduk bertemu, berinteraksi  dan belajar, lapor The Straits Times dalam talian.



“Oleh kerana Punggol East estet  agak muda, kami  perlu menyesuaikan program  (dengan  demografi)... Ada  juga permintaan bagi  perkhidmatan penjagaan kanak-kanak,” katanya di luar acara itu.



Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, yang juga AP  GRC  Pasir Ris-Punggol,   turut hadir di  majlis tersebut.



Selain tajaka, kelab masyarakat itu  akan mempunyai dua studio tarian, dewan serbaguna bagi  sukan dan studio masakan.



Selain bahan binaannya, kelab masyarakat itu akan mempunyai ciri-ciri hijau, termasuk tembok  hijau,   kebun masyarakat,  dan pencahayaan semula jadi serta  pengudaraan akan digunakan sebanyak mungkin, kata Encik Chong.



Beliau  menggalak  penduduk menyertai   kaji selidik yang akan mengukur jenis kegiatan  yang mereka harap dapat lihat di kelab masyarakat baru itu.



Encik Chong berkata: “Kami mahu menjadikan ini ruang yang  penduduk yang ingin datangi.”



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >