Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelab Masyarakat Fengshan dibuka semula dengan kemudahan dipertingkat

Apr 02, 2022 | 02:32 PM



KELAB Masyarakat Fengshan berwajah baru kini di bawah satu program peningkatan dengan tambahan kemudahan seperti studio kulinari dengan stesen memasak halal, studio tari, bilik darjah dan atrium tertutup buat penduduk berinteraksi.



Dengan tambahan tersebut, kelab masyarakat yang bertempat di 20 Bedok North Street 2 ini akan terus bekerjasama rapat dengan beberapa rakan kerjasama masyarakat untuk merancang pelbagai program dan kegiatan bagi lebih memenuhi keperluan penduduk yang rencam.



Maklum balas penduduk dan pengguna khidmat kelab masyarakat itu telah diperolehi bagi membangun kemudahan yang diperlukan.



Pada Sabtu (2 April), Kelab Masyarakat Fengshan telah dilancarkan penasihat GRC East Coast iaitu Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri Negara (Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How; Timbalan Speaker Parlimen, Cik Jessica Tan dan Anggota Parlimen GRC East Coast, Cik Cheryl Chan.



Turut serta adalah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat (PA) dan Ketua Pengarah Eksekutif PA, Encik Lim Hock Yu.



Antara lain, kelab masyarakat yang dipertingkat ini juga akan menganjurkan program menangani keperluan warga emas bersama rakan kerjasama seperti  Peacehaven, Imad Perdaus dan NTUC Health.



Berucap di majlis pelancaran tersebut, Encik Heng berkata kelab masyarakat adalah aspek penting pembangunan negara sejak kemerdekaan.



“Kelab masyarakat ini menyediakan ruang bersama buat penduduk daripada semua latar kehidupan, daripada kaum dan agama berbeza untuk berhimpun bersama.



“Kelab masyarakat juga tempat meraikan acara sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavali, di mana kita meraikan budaya satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.



“Kelab masyarakat juga tempat di mana anda berpeluang mengenali lebih ramai jiran, buat kawan baru, bermain sukan atau mempelajari kemahiran baru.



“Sedang kita beransur-ansur menyambung semula kehidupan seperti biasa, detik ini tepat untuk membuka semula Kelab Masyarakat Fengshan.



"Meskipun masyarakat kita menjadi lebih mesra digital, kelab masyarakat kita akan terus memainkan peranan untuk berkhidmat sebagai penghubung fizikal yang penting buat masyarakat kita,” jelas Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >