SEKITAR RAMADAN
Kelab masyarakat, masjid agih bubur kepada penduduk
Sehingga 250 penduduk berbilang kaum yang memerlukan di Sin Ming raih manfaat
Jun 14, 2016 | 05:30 AM
KIRA-KIRA 300 peket bubur telah diagihkan kepada penduduk flat sewa di kawasan Sin Ming kelmarin sempena acara berkongsi makanan dinamakan Bishan North Share of Ramadan.
Acara itu dianjurkan buat pertama kali oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Bishan North dan Thomson serta Masjid An-Nahdhah.