Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelab Masyarakat Siglap penuhi aspirasi penduduk

Aug 07, 2022 | 05:30 AM



KELAB Masyarakat (CC) Siglap baru menampilkan rangkaian kemudahan lengkap yang menarik dan berkonsepkan maklum balas daripada penduduk.



Ini termasuk gelanggang futsal dengan rumput buatan atau astroturf, di tingkat lima bangunan itu, dewan serbaguna yang mengandungi tiga gelanggang badminton dengan lantai dibuat daripada getah, tempat main boling, gelanggang bola keranjang yang berteduh dan studio kulinari dan memasak yang pertama.



Pembukaan kelab masyarakat Siglap baru itu dibuka secara rasmi semalam di 151 Bedok South Road.



Turut menghadiri acara pembukaan itu ialah Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Heng Swee Keat; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, dan Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How.



Berucap di pembukaan kelab masyarakat itu semalam petang, Encik Heng berkata:



"Meskipun kemudahan telah diperbaiki, peranan utama kelab masyarakat tetap sama, ia sebuah ruang bersama yang berharga untuk masyarakat kita yang berbilang kaum dan budaya, untuk menjalin dan mengeratkan hubungan.



"Kelab masyarakat adalah tempat penting di mana kita boleh mencurahkan kasih sayang dan sokongan kepada masyarakat.



"Semangat kemasyarakatan inilah yang ingin kami pupuk dalam membina East Coast."



Menurut Encik Heng, Dr Maliki dan pasukannya telah mula merancang konsep kelab masyarakat itu sejak 2015 dan mereka mempunyai visi yang kuat untuk melibatkan masyarakat dalam membina kelab masyarakat yang baru itu.



"Keindahan CC ini adalah hasil kerja keras yang bertahun-tahun oleh Maliki dan Team Siglap.



"Apabila mereka bermula, tiada siapa yang menjangka cabaran yang harus dihadapi akibat pandemik sejagat... pasukannya tetap tabah dan mengatasinya.



"Hari ini, kita dapat melihat hasil kerja keras mereka," puji Encik Heng kepada Dr Maliki serta pasukannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >