Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelab NTUC komited mahu bantu ahli berpendapatan rendah

Sep 10, 2017 | 05:30 AM



KELAB NTUC sekali lagi menyatakan komitmennya mahu membantu anggota kesatuan berpendapatan rendah semasa satu fiesta keluarga yang diadakan semalam.



Dianjurkan kelab tersebut di Downtown East semalam, fiesta tersebut diadakan bagi menyokong NTUC U Care yang menawarkan program bantuan meningkatkan kebajikan anggota kesatuan berpendapatan rendah dan keluarga mereka.



Fiesta tersebut bertujuan memenuhi keperluan rekreasi anggota berpendapatan rendah itu dan membolehkan mereka menikmati kegiatan yang menyeronokkan.



Fiesta keluarga itu berharap dapat mendampingi sekitar 10,000 anggota kesatuan dan keluarga mereka dengan kegiatan-kegiatan yang ditaja dengan nilai sekitar $1.5 juta.



Peserta fiesta boleh menikmati pelbagai kegiatan, termasuk kegiatan di Wild Wild Wet yang telah diperluaskan.



Tiada bayaran dikenakan bagi peserta fiesta di taman air itu, memandangkan ia sebahagian daripada pakej rekreasi keluarga.



Pakej tersebut disediakan untuk membantu anggota kesatuan berpendapatan rendah bermain dan mengeratkan hubungan bersama keluarga mereka di Downtown East tanpa dikenakan sebarang bayaran.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab NTUC, Encik Lim Eng Lee, berkata Downtown East sememangnya tempat popular bagi keluarga untuk bermain dan mengeratkan perhubungan.



Dengan projek meningkatkan Downtown East bakal siap menjelang suku pertama tahun depan, "kami berharap dapat menawarkan lebih banyak pengalaman menyeronokkan kepada anggota kami dan keluarga mereka," kata Encik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >