Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kelahiran bayi dari ibu tunggal berkurang: Sun Xueling

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH anak yang dilahirkan oleh ibu tunggal yang tidak berumah tangga menunjukkan trend yang semakin berkurangan, dan perangkaan itu akan terus dipantau.



Menyatakan demikian di Parlimen semalam, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling berkata dari 2006 hingga 2012, jumlah ibu tunggal tidak berumah tangga - yang dianggarkan menerusi jumlah bayi luar nikah - melebihi 1,000 dalam setahun.



Namun, sepanjang lima tahun lalu, jumlah purata ibu tunggal tidak berumah tangga sekitar 830 dalam setahun.



Menurut Cik Sun, pendekatan pemerintah ialah untuk memberikan faedah sama rata kepada kanak-kanak yang merupakan warga Singapura dalam menyokong perkembangan anak itu, pembangunan dan penjagaan, tidak kira status perkahwinan ibu mereka.



Tambahnya, pemerintah melakukan demikian pada 2013, 2016, 2017 dan mempunyai pelbagai langkah yang dikemas kini bagi menyokong anak yang merupakan warganegara.



Beliau merujuk kepada dasar, antara lain, langkah pemerintah pada 2013 untuk memperluas cuti penjagaan bayi dan penjagaan anak kepada ibu bapa tunggal yang tidak berumah tangga.



Cik Sun berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) tentang sama ada pemerintah akan menangani jurang yang terdapat kini dalam menyokong ibu tunggal yang tidak berumah tangga.



Beliau menggariskan pelbagai dasar dan program yang disasarkan buat ibu tunggal yang tidak berumah tangga.



Antaranya, mereka yang memerlukan bantuan kewangan boleh memanfaatkan ComCare serta pejabat khidmat sosial atau ke pusat khidmat keluarga untuk sokongan jangka lebih panjang.



Dari segi penjagaan, terdapat subsidi menerusi Skim Bantuan Yuran Tadika (KiFAS), selain bantuan lain melibatkan penjagaan pelajar dan penjagaan bayi.



"Kami juga tahu sokongan pekerjaan penting bagi mereka... kerana jika anda mempunyai ekosistem sokongan di sekeliling kanak-kanak, ini memberi si ibu masa untuk membolehkannya mencari pekerjaan," kata Cik Sun.



Beliau turut menyatakan terdapat geran dan latihan pekerjaan bagi membantu golongan ibu sebegini untuk masuk semula ke pasaran buruh atau kembali bekerja.



Menyentuh tentang perumahan, antara keprihatinan yang diutarakan Encik Seah, Cik Sun berkata Kementerian Pembangunan Negara (MND) telah secara proaktif menarik halangan bagi ibu bapa tunggal yang tidak berumah tangga yang cuba memohon bagi perumahan menerusi portal Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



"Tiada ibu tunggal yang tidak berumah tangga akan ditolak pada awalnya untuk memohon bagi perumahan.



"HDB akan menilai sama ada ibu tunggal tidak berumah tangga itu mempunyai sokongan keluarga dan jika beliau tidak mempunyai sokongan keluarga dan mempunyai anak yang merupakan warganegara, yakinlah bahawa HDB akan memastikan beliau mempunyai pilihan perumahan,'' kata Cik Sun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >