Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelahiran bayi tambah kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan

Aug 10, 2021 | 05:30 AM



DENGAN kesakitan yang dialami, beliau tidak sangka dapat bertahan lebih empat jam sebelum melahirkan.



Setelah ke hospital sekitar 4 petang kelmarin, Cik Nur Farah Hilmiyyah Abdul Rahim, 29 tahun, mula mengalami penguncupan yang kerap mulai 8 malam.



Meskipun beliau dan suami, Encik Muhammad Azree Aszeman, 29 tahun, menjangaka anak kedua mereka lahir tidak lama selepas itu, ternyata Qaizer Uwais ingin meraikan hari lahirnya bersama Singapura.



Cik Nur Farah melahirkan Qaizer dua minit selepas 12 tengah malam pada 9 Ogos di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH).



Qaizer juga merupakan bayi pertama yang lahir pada Hari Kebangsaan tahun ini di hospital itu.



"Memang pada masa itu saya dah tak tahan lagi, kerana penguncupan begitu sakit. Tak sangka dia tunggu Hari Kebangsaan untuk keluar," seloroh Cik Nur Farah, petugas dalam sektor khidmat pesakit.



Menurut pasangan itu, anak kedua mereka yang lahir seberat 4.1 kilogram itu, memecahkan rekod berat bayi dari kededua belah keluarga mereka.



Kata Encik Azree: "Memang gembira, kerana setiap tahun nanti ada bunga api 'sambut' hari jadi anak kami."



Turut berkongsi tarikh lahirnya dengan Singapura adalah cahaya mata pasangan Cik Noor Aishah Mohd Azman dan Encik Saifudin Mahmod, Delysha Aurelea.



Cik Noor Aishah melahirkan anak ketiganya itu di Thomson Medical pada 12.42 tengah malam pada 9 Ogos seberat 3.56 kilogram.



"Sebenarnya tarikh kelahiran yang ditetapkan minggu depan, tapi kerana dia semakin berat, doktor nasihatkan supaya lahirkan minggu ini," kata Cik Noor Aishah yang bertugas sebagai pegawai penjara.



Untuk itu, beliau dan suami memilih tarikh 9 Ogos supaya kelahiran anak mereka lebih istimewa.



Ini terutama sekali kerana pasangan itu merancang untuk tidak mempunyai anak lagi selepas kelahiran anak ketiga mereka.



"Ini tentunya akan buat setiap Hari Kebangsaan kita selepas ini lebih menarik dan istimewa.



"Biasanya sambutan kami sekeluarga untuk Hari Kebangsaan ala kadar saja, tapi sekarang saya dan suami perlu fikir hari jadi anak kami juga pada masa yang sama, mesti lebih meriah," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >