PERUBAHAN dalam tingkah laku seseorang, perwatakan mahupun sikapnya tidak semestinya berpunca daripada gangguan jin atau makhluk halus, tetapi mungkin juga disebabkan penyakit yang dialami ataupun masalah psikiatri.
Lantaran itu, orang ramai tidak seharusnya membuat kesimpulan terburu-buru dan mengaitkannya dengan gangguan paranormal tanpa melihat kepada punca-punca lain 'penyakit' tersebut.