KALAU dahulu Staf Sarjan Kanan (SSSgt) Faridah Abu Bakar menjalani latihan senario di Akademi Home Team (HTA) setiap dua hingga tiga bulan, beliau dan pegawai Pusat Polis Kejiranan (NPC) sepertinya boleh menjalani latihan itu hampir setiap hari tanpa perlu keluar dari tempat kerja mereka pada masa akan datang.
Mereka boleh melakukan demikian dengan satu wadah baru, Mobile Classroom (MobiC), yang diumumkan Menteri Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam semasa berucap di Seminar Perancangan Kerja HTA baru-baru ini.