Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Kelas bergerak' realistik bagi latihan pegawai polis barisan hadapan

ERVINA MOHD JAMIL
Jun 13, 2017 | 05:18 PM



PEMERINTAH mengumumkan beberapa langkah baru yang akan diperkenalkan bagi mempertingkatkan latihan untuk pegawai Home Team agar ia bersifat lebih realistik.

Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, menyatakan demikian semasa berucap di Seminar Perancangan Kerja Akademi Home Team (HTA) sebentar tadi.

Ini termasuk daya usaha dalam empat bidang - iaitu peningkatan latihan bagi pegawai di barisan hadapan; pembelajaran di mana-mana tanpa mengira waktu dan tempat; asas yang kukuh sebagai satu pasukan Home Team (One Home Team); serta pembangunan bagi jurulatih dan pemimpin Home Team.

Sebagai contoh, Encik Shanmugam berkata satu daya usaha baru, Mobile Classroom (MobiC), yang menawarkan latihan senario yang bersifat realistik bagi pegawai di Pusat Polis Kejiranan (NPC) dapat antara lain mengasah kemahiran mereka dari segi respons dan membuat keputusan sendiri semasa menjalankan tugas.

MobiC merupakan sejenis kenderaan yang boleh dipandu ke pelbagai NPC di sini bagi membolehkan pegawai polis di barisan hadapan mengikuti latihan senario menggunakan teknologi realiti maya (VR).

MobiC kini menawarkan tujuh senario latihan termasuk penjenayah yang bersenjata api serta pertikaian keluarga yang melarat menjadi serangan fizikal menggunakan senjata.

MobiC yang dibangunkan bersama HTA, Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pejabat Ketua Pegawai Sains dan Teknologi (Ocsto) akan menjalani program rintis selama enam bulan mulai September ini dan akan bergerak ke kesemua enam divisyen darat polis di sini.

Di acara yang berlangsung di Bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) itu, Encik Shanmugam turut mengumumkan beberapa daya usaha lain termasuk aplikasi mudah alih agar pegawai Home Team boleh mendapatkan bahan latihan dan menimba ilmu tanpa mengira tempat dan masa.

Encik Shanmugam juga memberi komitmen bahawa sokongan akan terus diberikan kepada jurulatih Home Team bagi mempertingkatkan tahap profesional dan keupayaan mereka selain mengiktiraf sumbangan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >