Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUSSALAM

Kelas percuma bantu masyarakat penuhi keperluan agama

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



SEJAK 2016 Masjid Darussalam giat menganjurkan kelas-kelas percuma bagi sesiapa yang berminat mendalami ilmu agama.



Menjelaskan tentang pelaksanaan kelas agama tanpa bayaran itu, pengurus Masjid Darussalam, Ustaz Harunarrashid Zainudin, berkata:



"Antara kelas percuma kami adalah kelas-kelas yang diberi nama GengStart. Ia bertujuan membantu masyarakat yang ingin belajar asas fardu ain, mengaji dan solat.



"Kami ingin memastikan agar masyarakat Islam Singapura boleh mendapatkan bimbingan dan tidak menjadikan isu kewangan sebagai penghalang untuk belajar agama."



Untuk GengStart Solat juga, masjid Darussalam memberikan bimbingan secara individu (one to one) mengikut masa dan kelapangan peserta.



Keperluan ini disebabkan mungkin ada mereka yang bekerja syif atau segan belajar dalam kumpulan.



"Bagi bimbingan asas fardu ain dan solat pula kumpulan sasaran kami adalan peserta berumur 21 tahun hingga 50 tahun.



Manakala, anggaran umur peserta untuk program mengaji pula bermula seawal tujuh tahun.



"Alhamdulillah, seramai 6,500 peserta telah direkodkan mengikuti kelas-kelas ini sejak 2016," ujar Ustaz Harunarrashid.



Mengorak langkah ke hadapan dalam membangunkan masyarakat Islam, Masjid Darussalam turut menubuhkan Unit Hijrah pada 2020.



Ustaz Harunarrashid menjelaskan, unit ini bertujuan membantu masyarakat yang ingin berhijrah atau ingin bertaubat, tetapi tidak tahu cara-cara atau mempunyai cabaran-cabaran tertentu dalam meneruskan hasrat mereka.



"Alhamdulillah, ramai yang telah berjumpa pegawai kami yang bertanggungjawab yang telah memberikan nasihat dan bimbingan sama ada menerusi perjumpaan secara bersemuka di masjid, di luar, di rumah mereka, dalam talian, termasuklah media sosial," kata Ustaz Harunarrashid.



Bermula pada tahun ini, Masjid Darussalam telah menganjurkan pula program diberi nama Akademi Hijrah. Ia program yang melibatkan pengisian kelas agama, kerja kemasyarakatan dan aktiviti bersama kawan-kawan yang mempunyai niat untuk berhijrah.



Antara golongan yang disasarkan ialah individu dan keluarga penerima bantuan zakat atau penduduk rumah di blok sewa sekitar Clementi.



"Sehingga kini, kami mempunyai 179 keluarga yang dibantu dan 160 keluarga di blok-blok sewa.



"Dengan adanya projek peningkatan masjid, lebih banyak ruang lebih selesa dapat disediakan sebagai tempat belajar dan bilik perkhidmatan nasihat serta bimbingan,'' ujar Ustaz Harunarrashid.



Kemudahan prasarana juga diperlukan untuk memberikan yang terbaik bagi semua program dan kelas yang dijalankan di masjid itu.



"Kami turut membuka peluang untuk tajaan habuan asatizah yang membantu memberikan khidmat kelas-kelas secara percuma ini. Dengan sumbangan tersebut pihak masjid dapat memastikan program percuma sebegini dapat dijalankan sebaiknya," ujarnya.




CARA HULUR DERMA



Orang ramai yang ingin menghulurkan derma, boleh ikuti beberapa langkah berikut:



+ Secara tunai dan Nets di pejabat masjid.



+ Cek kepada Lembaga Pentadbir Masjid Darussalam (Pos ke 3002 Commonwealth Ave West, S129579)



+ Bank Transfer OCBC: 591-0705-45001



+ Paynow UEN S89MQ0032A



- Sila letak (PPM) di ruang 'remarks' untuk projek peningkatan Masjid atau Ustaz untuk tajaan habuan asatizah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >