Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelas Pertama!

* Kejuruteraan Mekanikal * Sains Hayat * Pengurusan Perniagaan
Jul 12, 2017 | 05:30 AM



ASPIRASI mahu terbang lebih tinggi sekali gus membangun kerjaya dalam bidang yang diminati.



Inilah yang ingin dilakukan tiga siswazah Kepujian (Kecemerlangan Tertinggi) Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Muhammad Khairul Anwar Jamil, Cik Syasya Naqiyah Amir dan Encik Khalid Othman.



Kejayaan meraih kepujian tertinggi itu yang juga merupakan versi Kepujian Kelas Pertama NUS terus membakar semangat ketiga-tiga anak muda ini mahu mengejar cita-cita dan impian mereka.



Encik Muhammad Khairul, 28 tahun, siswazah jurusan Kejuruteraan Mekanikal, tidak menyangka diterima bekerja sebagai jurutera mekanikal di syarikat khidmat medan minyak terbesar di dunia.



Beliau akan ke Ecuador bulan depan selama lebih setahun untuk melihat bagaimana operasi pelantar minyak dijalankan di sana sebelum membawa balik pengalaman yang diraih dan mengongsinya bersama kakitangan syarikat itu yang turut membuka cawangan di sini.



Namun, menurut anak lima beradik ini, kecemerlangan akademik sahaja bukan faktor utama yang dicari majikan, sepertimana pengalaman yang dilaluinya.



"Memang kelayakan akademik penting, tetapi daripada pengalaman saya memohon pekerjaan, saya mendapati majikan bukan melihat kejayaan akademik sahaja. Ada yang jauh lebih baik daripada saya. Tetapi akhirnya, majikan juga melihat personaliti dan nilai positif yang ada pada seseorang pemohon pekerjaan," kata beliau.



Bagi Encik Khalid pula, yang mengambil jurusan Sains Hayat dan telah menjalani program ijazah bersama di NUS dan Universiti North Carolina di Chapel Hill, Amerika Syarikat (UNC), mengongsi pengetahuan dalam bidang biologi bersama pelajar muda lain merupakan sesuatu yang ingin dilakukannya.



"Saya mahu membentuk corak pemikiran pelajar muda kita agar terus minat dalam bidang biologi dan juga subjek geografi, satu lagi subjek kegemaran saya," ujarnya yang kini mengajar di Sekolah Menengah Serangoon.



Siswazah bidang pentadbiran perniagaan, Cik Syasya Naqiyah, 23 tahun, pula berharap dapat memimpin syarikat sumber kemanusiaan satu hari nanti.



"Saya memang mahir dalam memahami manusia dan bagaimana mereka bekerja antara satu sama lain. Justeru saya rasa bidang sumber kemanusiaan ini merupakan cara terbaik bagi saya mengaplikasi pengetahuan yang telah saya pelajari," ujarnya.



Majlis konvokesyen siswazah NUS sedang berlangsung sepanjang dua minggu ini dan ia dijadual berakhir esok. -  Laporan tambahan PUTRI MARDHIYAH YAZID.



Laporan lain: Cemerlang dek sokongan famili dan lawan rasa malu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >