Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Kelasi Ukraine meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di S’pura 

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kelasi Ukraine meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di S’pura 

Aug 03, 2021 | 12:48 AM

 

Seorang pelaut dari Ukraine yang menghidap Covid-19 meninggal dunia akibat komplikasi virus itu pada Ahad (1 Ogos), kata Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya pada malam Isnin.

Lelaki berusia 34 tahun merupakan kru yang tiba di Singapura dengan kapal pada 29 Julai. Beliau demam, batuk dan rasa lesu pada 25 Julai, dan mula sesak nafas pada 31 Julai. Beliau dibawa dari kapal ke Hospital Besar Singapura pada 1 Ogos, dan disahkan mengalami jangkitan Covid-19 pada hari yang sama.

Kes terbaru menjadikan jumlah kematian Covid-19 di sini sebanyak 38 orang.

Terdapat juga 10 kelompok Covid-19 baru yang dilaporkan pada Isnin, dan semuanya ada kaitan dengan kes sebelumnya. Jumlah kelompok aktif sekarang berjumlah 93, dan masing-masing mempunyai antara tiga dan 1,072 kes.

Sementara itu, terdapat 36 pesakit yang memerlukan bantuan oksigen, meningkat dari 35.  Bilangan pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi telah turun dari lapan kepada tujuh orang.

Di antara 43 kes sakit parah ini, empat daripadanya diberi vaksin sepenuhnya. Dari kalangan kes yang telah divaksin, tiga memerlukan bantuan oksigen sementara satu lagi berada di unit rawatan rapi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3