Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EHWAL MASYARAKAT ISLAM

KelasMateMatika@CC akan diperluaskan ke 5 lagi lokasi

Mar 09, 2019 | 05:30 AM



PROGRAM KelasMateMatika@CC (KMM@CC) akan diperluaskan ke lima lagi lokasi - Admiralty, Boon Lay, Chua Chua Kang, Keat Hong dan Woodlands - tahun ini, umum Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Kelas tersebut akan bermula pada separuh pertama tahun ini dan bakal memberi manfaat kepada 1,500 ibu bapa dan kanak-kanak.



Selain itu, Mendaki akan mendaftarkan keluarga tersebut dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa yang dekat dengan rumah mereka untuk memudahkan perkongsian antara ibu bapa dengan pendidik demi meningkatkan kemahiran keibubapaan dan keyakinan mereka.



Program KMM@CC merupakan inisiatif gabungan Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - yang membentuk rangkaian M kuasa tiga (M3) - dan adalah berdasarkan Program Tiga M (singkatan bagi Maju Minda Matematika) Mendaki.



Ia telah dilancarkan di Nee Soon, Marsiling dan Pasir Ris pada September lalu.



Memberi perkembangan terkini, Encik Zaqy berkata kanak-kanak yang menyertai Tiga M telah menunjukkan pencapaian positif, dengan lebih 80 peratus peserta program itu tidak perlu menjalani Program Sokongan Pembelajaran (LSP) untuk subjek Matematik di darjah satu.



"Ini jelas menunjukkan bahawa Tiga M memperkukuhkan asas untuk pendidikan kanak-kanak kita. Untuk meneruskan kejayaan Tiga M, agensi M3 telah berganding bahu untuk memulakan KMM@CC dan hasilnya amat memberangsangkan," kata beliau.



Lebih 170 ibu bapa dan kanak-kanak telah meraih manfaat dalam fasa pertama KMM@CC.



Sambutan itu lebih baik dalam fasa kedua, dengan lebih 300 ibu bapa dan kanak-kanak berminat berdaftar di Marsiling dan Keat Hong - iaitu lebih dua kali ganda daripada tempat yang tersedia, ujar Encik Zaqy.



Beliau turut memberi contoh kisah Cik Nur Khairunnisa Mohd Rosli yang menyertai KMM@Nee Soon bersama anaknya pada September lalu.



Cik Kharunnisa telah mengongsi bahawa konsep dan bahan yang diperolehi daripada program itu amat berguna dalam membantu beliau mengajar dan menggalak anaknya yang memasuki darjah satu tahun ini.



"Jelas, ibu bapa sedar bahawa KMM@CC dapat membantu anak-anak mereka membina asas kukuh dalam kemahiran mengira, dan menjadikan ibu bapa lebih yakin dalam mengajar subjek Matematik kepada anak-anak mereka di rumah," kata Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >