Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KelasMateMatika@CC latih kemahiran ibu bapa untuk mengajar anak-anak

May 28, 2021 | 05:30 AM



PENULARAN pandemik Covid-19 bukan setakat menjejas kehidupan orang ramai, malah ia turut memberi impak besar terhadap mata pencarian dan sektor ekonomi masyarakat.



Justeru itu, perubahan tersebut sedikit sebanyak memberi tekanan kepada keluarga yang perlu menghadapi ketidakpastian masa hadapan. Bagi ibu bapa, mereka perlu memikirkan cara terbaik untuk memenuhi keperluan anak-anak kecil agar pembelajaran anak-anak tidak terbantut.



Bersama-sama memikul tanggungjawab tersebut, Mendaki bertindak mengalihkan semua programnya ke dalam talian agar program tersebut dapat diakses oleh keluarga dalam persekitaran yang lebih selamat.



Salah satunya adalah KelasMateMatika@CC (KMM@CC), iaitu sebuah inisiatif M kuasa Tiga (M³) yang menekankan kemahiran ibu bapa dan pendidikan awal kanak-kanak.



Antara yang menikmati manfaat program ini ialah pasangan suami isteri, Encik Azman Ismail dan Cik Suria Yaacob.



Ketika ditemu bual, Encik Azman berkata:



"Hasil galakan daripada seorang kawan, saya mengetahui kewujudan KMM@CC. Kelas ini membantu melengkapkan keperluan ibu bapa untuk mengajar anak-anak tentang Matematik.



"Penyediaan kit pembelajaran daripada pihak Mendaki juga memudahkan keluarga saya untuk melaksanakan aktiviti dengan lebih menarik.



"Salah satu peralatan yang disediakan ialah lidi kayu berwarna. Peralatan sebegini dikhaskan untuk mengajar anak-anak tentang cara menghasilkan bentuk yang pelbagai.



"Oleh itu, kemahiran motor halus anak-anak akan lebih berkembang. Anak saya berumur 4 tahun sewaktu memasuki program selama lebih kurang sebulan itu dan kanak-kanak dilihat suka menyertai aktiviti sebegini kerana konsepnya lebih menyeronokkan."



Sementara itu, corak pembelajaran hari ini kian berubah dan ia sangat berbeza dengan cara pembelajaran zaman dahulu.



Cik Suria turut mengakui bahawa komitmen ibu bapa sangat diperlukan untuk mengikuti perubahan proses pembelajaran dalam dunia globalisasi.



Beliau menjelaskan:



"Memandangkan masyarakat sedang dilanda Covid-19, maka ibu bapa dan anak-anak perlu menyesuaikan diri dalam suasana pembelajaran norma baru.



"Jika dibandingkan, mungkin ibu bapa dahulu hanya mengajar anak-anak berasaskan teks semata-mata dan tiada aktiviti tambahan yang dibekalkan.



"Namun, program KMM@CC memberi pendedahan kepada ibu bapa untuk mempelajari teknik baru yang lebih efektif semasa mengajar anak-anak. Dengan itu, anak-anak akan lebih suka untuk mempelajari Matematik kerana suasananya lebih santai.



"Apa yang lebih bagus, Mendaki turut mengalakkan anak-anak yang sudah lulus daripada program ini untuk melangkah ke program seterusnya.



"Usaha berperingkat ini membolehkan anak-anak mempelajari sesuatu subjek dengan sistematik dari awal hingga akhir. Ia bukanlah program yang sekali belajar sahaja, tetapi ia melibatkan proses jangka panjang yang teratur."



Sebagai ibu bapa, Encik Azman dan Cik Suria sangat bersyukur dengan ruang diberikan oleh Mendaki yang membolehkan para ibu bapa menjadi lebih baik demi masa depan anak-anak.



Encik Azman menambah, peluang ini perlu dimanfaatkan oleh ibu bapa dan anak-anak kerana ramai yang tidak sedar tentang kewujudan program KMM@CC.



Cik Suria turut menyarankan: "Pertama sekali, jangan segan bertanya tentang program Mendaki kerana banyak sekali program yang disediakan untuk sokongan kemajuan pendidikan masyarakat Melayu dari peringkat kanak-kanak dan dewasa.



"Mungkin faktor yang menghambat ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak ke kelas seperti ini adalah kerana sebab kewangan. Mereka fikir bahawa kelas seperti ini perlu dibayar. Tetapi, sebenarnya ibu bapa tidak perlu risau tentang bayaran kerana ia adalah percuma.



"Bagi ibu bapa yang kesuntukan masa pula, Mendaki memperuntukkan waktu bersesuaian untuk ibu bapa dan anak-anak. Tambahan lagi, sesi pembelajaran secara dalam talian juga lebih menjimatkan masa. Jadi, ia merupakan peluang keemasan untuk mereka yang tidak berupaya menghadiri kelas secara fizikal.



"KMM@CC ini juga menguatkan ibu bapa dengan teknik Pengalaman Pembelajaran Perantara (MLE) (Mediated Learning Experience). Jadi, kita bersama-sama meraih manfaat ini untuk masa depan pembelajaran anak-anak kita."




SERTAI KELASMATEMATIKA@CC SECARA DALAM TALIAN



  • Dibuka kepada keluarga yang mempunyai anak berusia 4 hingga 6 tahun.

  • Program disubsidi sepenuhnya untuk semua peserta.

  • Pihak MendakiI akan bantu menyediakan alat peranti digital atau akses Internet kepada keluarga yang memerlukan. Tertakluk pada terma dan syarat.

  • Layari www.mendaki.org.sg/programmes/kelasmatematikacc/ atau hubungi talian 6245 5555 untuk mendaftar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >