Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kelayakan bantuan ComCare akan disemak tahun ini: Masagos

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



KRITERIA kelayakan menerima bantuan kewangan daripada ComCare, sebuah rangkaian keselamatan sosial utama bagi individu berpendapatan rendah, akan disemak tahun ini, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



ComCare membantu isi rumah berpendapatan rendah berhubung perbelanjaan sara hidup asas, dan bagi mengatasi cabaran kewangan sementara menerusi skim Bantuan Jangka Pendek hingga Pertengahan (SMTA).



Untuk layak bagi bantuan itu, pemohon perlu memenuhi kriteria pendapatan isi rumah $1,900 dan ke bawah sebulan, atau pendapatan per kapita isi rumah $650 dan ke bawah.



Encik Edward Chia (GRC Holland-Bukit Timah) bertanya di Parlimen apakah pemerintah akan menimbangkan langkah menyemak tahap kelayakan bagi bantuan di tengah-tengah inflasi meningkat dan pertumbuhan ekonomi perlahan.



Encik Masagos berkata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menilai kriteria kelayakan setiap dua hingga tiga tahun, dengan semakan terakhir pada 2019 dan yang seterusnya dijadualkan tahun ini.



"Meskipun terdapat kriteria kelayakan pendapatan bagi SMTA ComCare, kriterianya bukan satu tahap tetap untuk melayakkan diri mendapat bantuan," ujar beliau.



Sebaliknya, pejabat khidmat sosial (SSO) menilai keperluan individu dan keluarga "secara menyeluruh", dan melaksana fleksibiliti dalam menyediakan bantuan kewangan dan sokongan masyarakat yang diperlukan.



Encik Chia kemudian bertanya apakah pertimbangan di balik tempoh semakan itu, dan apakah MSF sedang meneroka cara mengurangkan "ketinggalan masa" antara penilaiannya dengan kenaikan kos sara hidup.



Encik Masagos menjawab bahawa tempoh itu tidak penting kerana ia hanya satu garis panduan dalaman dan pegawai rasmi akan tetap melihat cara membantu mereka yang tidak layak menerima bantuan ComCare.



Dalam responsnya kepada satu lagi pertanyaan Encik Chia apakah bantuan dapat dihulur melebihi tempoh tiga bulan bagi mengurangkan kebimbangan keluarga berpendapatan rendah, Encik Masagos berkata beberapa lanjutan bagi skim bantuan telah dilakukan "secara automatik" apabila perlu semasa pandemik Covid-19 ini.



Sebelum pandemik ini berlaku dan ekonomi merosot akibatnya, masa itu disediakan bagi MSF menyemak status pekerjaan atau kesihatan benefisiari.



Pada November tahun lalu, MSF mendedahkan bahawa kebanyakan penerima baru bantuan ComCare antara April dengan Disember 2020 diberi bantuan selama sekurang-kurangnya enam bulan.



Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021, kementerian itu mengagihkan $236 juta menerusi ComCare kepada 96,000 individu. Kedua-duanya - jumlah bantuan dan bilangan penerima - mencapai angka tertinggi sejak inisiatif itu dimulakan pada 2005.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >