Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelemahan reka bentuk punca pintu LRT terbuka semasa bergerak

Jan 27, 2016 | 07:33 AM



PENGENDALI pengangkutan SMRT Corp memberi penerangan pada Selasa (26 Jan) tentang punca yang mungkin membuat pintu kereta api LRT Bukit Panjang terbuka dalam perjalanan antara stesen minggu lalu, sambil menunjukkan ia suatu kesilapan reka bentuk pada sistem itu.


Insiden pagi Jumaat lalu itu berlaku selepas kerosakan isyarat semasa waktu ulang-alik memaksa kakitangan SMRT mengatasi sistem tanpa pemandu LRT Bukit Panjang itu dan memandu kereta api tersebut secara manual.


Bagaimanapun, walaupun kakitangan SMRT yang mengambil alih memandu kereta api itu telah memeriksa agar semua pintu telah ditutup sepenuhnya sebelum bertolak, beliau tidak memastikan ia telah dikunci dan isyarat "Doors locked" (pintu telah dikunci) pada konsol kereta api telah menyala.


Pada 6.47 pagi, pintu di bahagian belakang kereta api dua gerabak itu terbuka dalam perjalanan dari stesen Bukit Panjang ke stesen Senja.


Ini menyebabkan sistem keselamatan kereta api menekan brek kecemasan.


Pintu itu kemudian ditutup secara manual oleh pemandu dan kereta api tersebut meneruskan perjalanannya.


Jurucakap SMRT Patrick Nathan berkata tindakan disiplin telah diambil terhadap pekerja itu.


SMRT berkata kereta api laluan lain, iaitu Laluan Utara-Selatan, Timur-Barat dan Circle, tidak boleh dipandu jika salah satu pintunya tidak dikunci.


"Kami ingin memberi jaminan kepada semua penumpang bahawa kereta api di Laluan Circle dan laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat direka untuk memastikan semua pintu ditutup dan dikunci sebelum bertolak dalam kedua-dua mod, automatik dan manual," kata Encik Nathan.


Merujuk kepada LRT Bukit Panjang, beliau berkata: "Kami juga sedang meninjau bersama LTA (Penguasa Pengangkutan Darat) dan (pengeluar kereta api) Bombardier bagi memperbaiki reka bentuk (sistem) supaya kereta api dalam mod manual tidak boleh bergerak sehingga semua pintu ditutup dan dikunci."


Beliau menambah bahawa "prosedur operasi bagi pemanduan manual kereta api LRT akan diperkukuh".


Penumpang terjejas juga mengadu sistem interkom LRT itu tidak berfungsi semasa kejadian.


SMRT berkata sistem interkom tersebut dikaitkan dengan sistem talian isyarat, satu lagi ciri khusus sistem LRT Bukit Panjang.


Encik Nathan berkata: "SMRT sedang bekerjasama dengan LTA dan Bombardier untuk memasang sistem komunikasi bebas yang boleh berfungsi walaupun ketika kerosakan isyarat.


"Sementara itu, nombor telefon Pusat Kawalan Operasi LRT Bukit Panjang akan disediakan di setiap (gerabak) kereta api supaya penumpang boleh dengan cepat menghubungi kakitangan SMRT melalui telefon bimbit mereka, jika telefon di dalam gerabak tidak beroperasi. Kami memohon maaf di atas kejadian."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >