Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelembapan ekonomi peluang bagi firma latih pekerja: Presiden Halimah

Jul 16, 2019 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob berkata kelembapan ekonomi harus dimanfaatkan syarikat-syarikat untuk menghantar pekerja mereka bagi latihan semula.



"...Saya rasa kalau kita lihat dalam pertumbuhan ekonomi yang lembap, ia juga menawarkan peluang. Peluang di mana syarikat dapat menghantar pekerja mereka untuk mengikuti latihan kemahiran.



"Jika syarikat terpaksa beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu, mereka tidak mempunyai masa untuk menghantar pekerja bagi latihan kemahiran tapi kalau mereka tidak perlu begitu pesat, pesanan mereka tidak begitu pesat, dapatlah mereka menghantar pekerja untuk mendapat latihan kemahiran," kata Presiden Halimah.



Beliau berkata demikian ketika menggulung perbincangan sewaktu sesi dialog bersama pemimpin kesatuan sekerja dari sektor perindustrian di Istana, semalam.



Turut hadir ialah Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.



Puan Halimah berkata antara kebimbangan yang disuarakan sewaktu sesi dialog itu termasuk prestasi lebih lemah ekonomi Singapura pada suku kedua tahun ini dan perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China.



Ramalan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menunjukkan ekonomi negara tumbuh hanya 0.1 peratus pada suku kedua lalu.



Ini kadar pertumbuhan paling rendah sejak ia menguncup 1.2 peratus pada suku kedua 2009, ketika berlakunya kemelesetan ekonomi.



Namun para pemimpin kesatuan sekerja akur bahawa banyak usaha telah dilakukan termasuk menarik lebih banyak pelaburan di Singapura di tengah-tengah kelembapan ekonomi.



"Misalnya, pelaburan yang masuk ke dalam Singapura. Masih terdapat banyak pelaburan, masih terdapat banyak pekerjaan, dan mereka menyatakan bahawa masih terdapat syarikat-syarikat yang tidak mempunyai pekerja yang mencukupi. Ini bermakna bahawa masih ada peluang," kata beliau.



Dalam pada itu, Puan Halimah turut menyentuh tentang pakatan tiga pihak di Singapura yang merupakan strategi baik dalam mengharungi ekonomi tidak menentu kini.



"Saya rasa ia merupakan satu strategi yang baik bagi kita mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi sama ada buat masa ini ataupun yang akan datang kerana ketiga-tiga pihak (majikan, pekerja, kesatuan sekerja) dapat duduk berbincang apakah strategi, apakah penyelesaian yang dapat diambil untuk mengatasi masalah sama ada masalah pekerja-pekerja yang terlampau ramai, banyak, ataupun apakah masalah-masalah lain yang dihadapi," ujarnya.



Di samping mendengar isu-isu yang diketengahkan di sesi dialog tersebut, Puan Halimah turut mengambil peluang tersebut untuk memberitahu para pemimpin kesatuan tentang inisiatif ServingSG ataupun KhidmatSG yang bakal dilancarkan akhir tahun ini.



Inisiatif tersebut bertujuan mengiktiraf sumbangan pekerja.



"Terdapat ramai pekerja awam yang membuat kerja mereka secara diam-diam tapi mereka membuat sumbangan kepada ekonomi dan Singapura tapi tidak diketahui atau tidak menerima pengiktirafan.



"Dan saya telah pun bertemu pekerja-pekerja pengangkutan, pekerja dalam rawatan hospital dan juga telah menjemput pekerja seperti guru, jururawat dan juga pekerja sosial.



"Saya ingin mengembangkan usaha supaya kita mengiktiraf sumbangan lebih ramai pekerja di Singapura terutama sekali mereka yang sumbangannya belum lagi diiktiraf,"kata Puan Halimah.



Butir-butir mengenai inisiatif tersebut akan dikongsi apabila sudah diperincikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >