Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelewatan jagaan penghuni asrama Jalan Tukang disebabkan kurang sumber: MOM

Oct 16, 2021 | 05:30 AM



KELEWATAN dalam menghantar pekerja migran diuji positif bagi Covid-19 dari dormitori Westlite Jalan Tukang ke kemudahan penjagaan atau pemulihan pada awalnya adalah disebabkan kurang sumber yang dikerah, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Ini sedang bilangan pekerja yang dijangkiti meningkat lebih tinggi daripada yang dijangka.



Pada masa yang sama, majikan waktu itu sedang menjalankan latihan ujian beramai-ramai rutin mandatori ke atas tenaga kerja mereka yang tinggal di dormitori itu, menurut siasatan awal MOM.



Ini dikongsi Ketua Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (Ace), Encik Tung Yui Fai, semasa lawatannya ke dormitori yang baru dibina di Jurong itu semalam.



Lawatan beliau itu menyusuli kejadian pekerja migran meluahkan kekecewaan mereka tentang cara mereka dilayani di dormitori itu.



Sekitar seperempat daripada 2,000 pekerja yang tinggal di dormitori itu dilaporkan telah diuji positif bagi Covid-19, kata beberapa pekerja kepada sebuah laman berita di WeChat.



Sebahagian besar pekerja itu merupakan kakitangan Sembcorp Marine, dan dormitori itu dikendalikan Westlite Accommodation.



Encik Tung berkata MOM telah mengerahkan Pasukan Jaminan dan Sokongan ke Hadapan (Fast) ke dormitori itu kelmarin untuk menyiasat dakwaan tentang kelewatan dalam menghantar pekerja yang diuji positif bagi Covid-19, dan keprihatinan dalam mendapatkan sokongan perubatan bagi pekerja serta mutu makanan yang disediakan.



Beliau berkata pihaknya kini sedang bekerja rapat dengan pengendali dormitori dan majikan pekerja untuk menangani isu tersebut, yang kini sedang diselesaikan secara bertahap-tahap.



"Sehingga malam 14 Oktober, kami telah menghantar tunggakan penghuni yang diuji positif bagi Ujian Pantas Antigen (ART) ke kemudahan penjagaan atau pemulihan.



"Kami telah mengerahkan pasukan klinikal bergerak ke dormitori itu untuk menambahkan keperluan penjagaan pekerja sementara terus menjadikan pusat perubatan serantau dan teleperubatan mudah diakses.



"Majikan pekerja juga telah mengeluarkan peringatan kepada syarikat katering mengenai pematuhan ketat terhadap standard kebersihan makanan dan telah bekerjasama dengan syarikat katering untuk membuat penyesuaian demi memenuhi pilihan makanan yang berbeza," kata beliau.



Encik Tung menambah bahawa pihaknya akan memperketatkan proses demi memastikan pekerja yang diuji positif dihantar ke kemudahan penjagaan atau pemulihan tepat pada masanya.



"Oleh sebab proses kami baru, kami akan cuba sedaya upaya untuk pulih daripada sebarang kesilapan.



"Kami juga memohon majikan dan pekerja untuk membantu kami memastikan proses ini dilakukan dengan betul dan baik," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >