Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Kelompok baru Covid-19 dikesan di Bugis Junction

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kelompok baru Covid-19 dikesan di Bugis Junction

Aug 24, 2021 | 11:58 PM

Kelompok baru Covid-19 dikesan di Bugis Junction dengan sebanyak 20 kes jangkitan- kesemuanya kakitangan yang bekerja di pusat beli belah itu. 

 

Kakitangan yang bekerja di kedai yang terjejas semuanya akan menjalani ujian dan kontak dekat kes yang disahkan positif akan dikenakan perintah kuarantin, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Selasa (24 Ogos).

 

Ujian Covid-19 percuma juga akan ditawarkan kepada anggota masyarakat awam yang telah mengunjungi kedai-kedai tersebut atau menggunakan khidmat serta kemudahan di Bugis Junction antara 17 Ogos dan 24 Ogos, menurut MOH. 

MOH menambah kesemua pengunjung pusat beli belah itu semasa tarikh tersebut perlu memantau kesihatan mereka dengan teliti serta mengurangkan interaksi sosial seboleh mungkin selama 14 tahun bermula dari tarikh kunjungan mereka. 

Mereka juga perlu berjumpa doktor jika jatuh sakit, kata MOH. 

Dua kelompok baru dikesan- satu dengan sebanyak lapan kes di Rumah Peralihan Selarang di Upper Changi, sementara satu lagi mempunyai kaitan dengan individu dengan sebanyak empat kes. 

Daripada 111 kes jangkitan baru yang dilaporkan hari ini, sebanyak 24 mempunyai kaitan dengan kelompok dormitori North Coast Lodge. 

Daripada baki 87 kes, 24 mempunyai kaitan dengan kes sebelumnya yang telah dikenakan perintah kuarantin. 

Sebanyak 30 kes lain mempunyai kaitan dengan kes sebelumnya dan dikesan melalui pemantauan, dengan sebanyak 33 kes yang tidak ada kaitan. 

Terdapat lima kes import yang sudah dikenakan perintah jangan keluar rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. 

Antara 116 kes baru itu adalah empat warga emas berusia 70 tahun ke atas yang tidak divaksin atau belum melengkapkan vaksin mereka. 

Menurut MOH, golongan tersebut mempunyai risiko jatuh sakit teruk. 

Sebanyak 339 kes kini di wad hospital, dan 20 daripada mereka mengalami jangkitan teruk dan memerlukan bantuan oksigen. 

Tujuh daripada mereka kini kritikal dalam unit jagaan rapi (ICU). 

Di kalangan mereka yang kini sakit teruk adalah 23 warga emas berusia 60 tahun ke atas, dan 19 daripada mereka tidak divaksin atau belum melengkapkan vaksin mereka. 

Secara keseluruhannya, jumlah kes baru dalam masyarakat berkurangan kepada 290 kes pada minggu sebelum ini berbanding  322 kes pada minggu sebelumnya.  

Jumlah kes yang tidak mempunyai kaitan pula meningkat kepada 121 pada minggu sebelum ini berbanding 83 pada minggu sebelumnya. 

Sebanyak 79 peratus warga Singapura sudah melengkapkan vaksin mereka sementara 82 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3