Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok baru di TTSH libatkan 3 kakitangan, 6 pesakit: MOH

Apr 30, 2021 | 01:11 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan pembentukan kelompok baru di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) yang terdiri daripada sembilan kes kakitangan dan pesakit hospital berkenaan pada Khamis malam (29 April).



Kelompok ini terbentuk selepas seorang jururawat Filipina yang bertugas di Wad 9D dikenal pasti sebagai positif Covid-19 pada Rabu (28 April).



Selain tiga kakitangan TTSH, enam adalah pesakit Wad 9D.



Menurut MOH dalam kenyataannya, siasatan epidemiologi dan proses jejak kontak sedang diteruskan.



Doktor lelaki yang terjejas merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura berusia 30 tahun. Beliau merawat pesakit Wad 9D tetapi tidak bertugas setelah mengesan tanda jangkitan seperti demam dan sakit tekak.



Doktor yang sudah menerima suntikan vaksin pada 18 Januari dan 8 Februari itu mendapatkan rawatan di klinik umum pada 27 April dengan keputusan ujian yang dijalani positif keesokan harinya.



Seorang lagi kakitangan TTSH yang terjejas adalah pelatih berusia 18 tahun yang menjalankan tugas sebagai  penolong jagaan kesihatan.



Beliau ditugaskan ke Wad 9D dan tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan.



Jangkitan padanya bagaimanapun dikesan menerusi ujian proaktif ke atas pesakit dan pekerja Wad 9D.



Antara enam pesakit TTSH yang positif Covid-19 pula terdiri daripada lelaki berusia 57 tahun yang dipindahkan dari Wad 7D ke Wad 9D.



Baki lima pesakit dirawat di Wad 9D dan dikesan dengan koronavirus menyusuli ujian proaktif yang dijalani.



Menurut MOH, tiga daripada mereka tidak menampakkan tanda jangkitan sementara dua kes lain mempunyai tanda jangkitan pernafasan akut.



Menyusuli pengesanan kelompok ini, TTSH telah menutup Wad 7D dan 9D.



Ujian masih dijalankan ke atas kakitangan dan pesakit kedua-dua wad ini.



TTSH juga mempertingkat proses pemantauan pesakit dengan demam dan tanda jangkitan pernafasan akut.



Mulai 29 April, tiada pengunjung dibenarkan datang ke hospital itu kecuali pesakit yang kritikal.



Kes kemalangan dan kecemasan yang tidak mengancam nyawa dirujuk ke hospital lain.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >