Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok Covid-19 CGH meningkat kepada 10 kes, termasuk porter di NUH

Jun 27, 2021 | 10:54 PM



LIMA daripada 12 kes Covid-19 dalam masyarakat yang dilaporkan Ahad (27 Jun) dikaitkan dengan kelompok di Hospital Besar Changi (CGH).

Mereka termasuk seorang wanita berusia 24 tahun yang bekerja sebagai porter di Hospital Universiti Nasional (NUH), seorang pelajar Politeknik Republic berusia 16 tahun dan seorang wanita berusia 69 tahun yang merupakan pembantu kesihatan di CGH.



Kini terdapat 10 pesakit di kelompok CGH. Pesakit pertama yang dilaporkan dalam kelompok itu adalah lelaki berusia 35 tahun yang bekerja sebagai porter di hospital itu dan didapati positif pada 23 Jun.

Tujuh kes masyarakat lain termasuk seorang gadis berusia 12 tahun yang merupakan pelajar di Sekolah Rendah Zhangde, yang terletak berhampiran Bukit Merah.

Jangkitannya dikaitkan dengan kelompok di 115 Pusat Makanan dan Pasar Bukit Merah View. Dia menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 10 Jun.



Satu-satunya kes yang tidak ada kaitan pada Ahad adalah juru ukur berusia 37 tahun yang digajikan GW Marine, dan telah diberi vaksin sepenuhnya.

Terdapat juga dua kes yang diimport, seorang pemegang permit kerja yang berasal dari Indonesia dan seorang penduduk tetap (PR) yang kembali dari India.

Keseluruhan, terdapat 14 kes koronavirus baru yang disahkan sehingga tengah hari Ahad (27 Jun), menjadikan jumlah kes di Singapura mencapai  62,544.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >