Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok Covid-19 Pelabuhan Perikanan Jurong meningkat kepada 665 kes; kit uji percuma bagi mereka yang mengunjungi 2 pasar

Jul 24, 2021 | 07:12 AM



MEREKA  yang mengunjungi Pasar Basah Admiralty dan  Pusat Penjaja dan Pasar Bukit Timah  dalam 14 hari lalu akan diberi kit  uji sendiri Covid-19 percuma, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Pihak kementerian juga bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) untuk mengagihkan kit uji sendiri ujian pantas antigen (ART) itu kepada mereka yang mengunjungi pasar dan pusat makanan terpilih dalam tempoh 14 hari lalu, sebagai lapisan tambahan untuk membatas penularan dan  mengenal pasti kes selain mencegah penularan selanjutnya.

Usaha ini adalah sebahagian penyiasatan ke atas  jangkitan Covid-19 di pasar dan pusat makanan yang berkemungkinan dimulakan oleh penjual ikan yang mengunjungi Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) untuk mendapatkan bekalan mereka untuk dijual di pasar dan pusat makanan, tambah MOH.



Pengambilan ART itu  akan dilakukan dari Sabtu hingga Ahad di pusat jawatankuasa penduduk di sekitar Pasar Basah Admiralty dan Pusat Penjaja  dan Pasar Bukit Timah.

Dalam kemas kini hariannya pada  Jumaat malam (23 Julai), MOH mengatakan terdapat  78 kes baru yang ada kaitan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, yang kini berjumlah 665 kes.

Terdapat juga enam kes baru yang dikaitkan dengan kelompok KTV, yang kini berjumlah 227 kes. Tidak ada KTV tambahan yang dikaitkan dengan kelompok itu  pada  Jumaat.



Pada masa ini terdapat 26 kelompok jangkitan aktif, antara tiga hingga 665 kes jangkitan.

Ini sedang tiga kelompok baru diisytiharkan, masing-masing  antara tiga dengan lima jangkitan.

Enam kelompok yang dikaitkan dengan pusat membeli-belah ION Orchard dan lima individu diisytiharkan ditutup kerana tidak ada kes  berkaitan dengannya selama 28 hari lalu.

Singapura melaporkan sejumlah 133 kes Covid-19 baru pada  Jumaat, termasuk 130 kes tempatan dan tiga kes  diimport. Terdapat 29 kes  tempatan yang tidak ada kaitan.



Antara kes dalam masyarakat adalah  dua warga emas yang tidak divaksin atau belum diberi vaksin sepenuhnya berusia ke atas 70 tahun yang berisiko mendapat penyakit serius.

Terdapat 447 pesakit Covid-19 yang  berada di hospital. Sebilangan besar berada dalam keadaan baik dan dalam pemerhatian.

Tetapi dua berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan  rapi, dan 11 pesakit memerlukan sokongan oksigen. Tiada seorang daripada 13 kes ini menerima  vaksin sepenuhnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >