Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok jagaan kesihatan nasional sedia jayakan SG Lebih Sihat

NUHS, SingHealth dan NHG akan pertingkat usaha sama dengan doktor keluarga, agensi kesihatan, majikan serta pihak kepentingan lain
Sep 23, 2022 | 04:37 PM



TIGA kelompok penjagaan kesihatan awam - Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), SingHealth dan National Healthcare Group (NHG) - akan mempertingkatkan usaha sama dengan doktor keluarga, agensi kesihatan dan perkhidmatan awam, majikan, pertubuhan akar umbi dan lain-lain lagi bagi memastikan penduduk kekal sihat.



Memberikan respons kepada Kertas Putih SG Lebih Sihat, NUHS, SingHealth dan NHG, yang akan bertindak selaku pengurus kesihatan serantau di bawah strategi itu, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa masih banyak kerja perlu dilakukan apabila strategi SG Lebih Sihat bermula tahun depan, lantas ini memerlukan usaha sama antara pelbagai pemegang taruhan - bekerja secara sinergi.



Ini bagi memastikan sekitar 1.5 juta penduduk di setiap kelompok itu sihat.



Timbalan Ketua Eksekutif NUHS, Encik Chua Song Khim, dalam satu kenyataan semalam berkata:



"Masih banyak yang perlu dilakukan. Sebagai pengurus kesihatan serantau, NUHS siap sedia mempertingkatkan usahanya mendekati lebih ramai penduduk di kawasan barat, terutamanya mereka yang tidak berpeluang mendapatkan penjagaan perubatan atau menjalani pemeriksaan dan vaksinasi yang relevan," katanya.



Beliau menambah bahawa sasaran pihaknya adalah untuk memperbaiki kesihatan penduduk dan menyokong mereka di rumah serta masyarakat seberapa yang boleh.



Kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengemukakan kepada Parlimen satu Kertas Putih mengandungi saranan bagi menggalak warga Singapura lebih proaktif dalam menjaga kesihatan mereka dengan mewujudkan hubungan kukuh bersama doktor keluarga serta sokongan negara.



Kertas Putih SG Lebih Sihat ini merupakan satu peralihan daripada sikap reaktif dalam "merawat penyakit" kepada langkah proaktif dalam mencegah individu daripada jatuh sakit.



Penduduk digalak mendaftarkan diri mereka dalam program di serata negara ini, di mana mereka akan membuat komitmen bertemu seorang doktor keluarga dan mengamalkan pelan kesihatan, termasuk mengubah gaya hidup mereka, kerap jalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan vaksinasi.



Strategi SG Lebih Sihat ini akan memudahkan masyarakat dihubungkan dengan pelbagai kegiatan yang ditawarkan rakan masyarakat seperti Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), Persatuan Rakyat (PA) dan Sport Singapore (SportSG).



Bagi menyatukan semua ciri ini, kelompok penjagaan kesihatan termasuk NUHS, SingHealth dan NHG akan menyelaras dan memantau secara aktif semua kerjasama dan kegiatan bagi para penduduk.



Dalam satu kenyataan berasingan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Sistem Kesihatan Serantau) SingHealth, Profesor Lee Chien Ern, berkata pihaknya telah mendukung pendekatan menyeluruh bagi menggalak kesihatan dan memperbaiki kualiti kehidupan.



Malah kerja sudah pun bermula di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, contohnya program kesihatan keibuan dan kanak-kanak, serta pendekatan kepada golongan dewasa berusia 40 tahun ke atas.



"Kami mengalu-alukan kerjasama dan kolaborasi yang lebih kukuh dengan doktor keluarga, agensi perkhidmatan sosial, sekolah, tempat kerja dan pertubuhan akar umbi bagi mendekati penduduk secara lebih berkesan dan menanam sikap ingin sihat sejak muda," kata beliau.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Penjagaan Bersepadu) NHG, Profesor Eugene Fidelis Soh, berkata pihaknya akan menyediakan - bersama doktor keluarga - sumber relevan, protokol penjagaan yang dikongsi dan laluan penjagaan bagi pesakit yang berdaftar, selain mempertingkat dan menghubungkan sistem Teknologi Maklumat (IT) secara berperingkat.



"NHG akan hubungkan sumber kejiranan setempat, rakan penjagaan dan kumpulan sukarela kepada penduduk, agar kami dapat memahami keperluan kesihatan dan sosial mereka, dan menawarkan penjagaan yang sesuai dan dari awal," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >