Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok jangkitan Covid-19 di dormitori Seletar North ditutup

Nov 13, 2020 | 11:42 PM



SATU kelompok jangkitan Covid-19 di sebuah dormitori telah ditutup  selepas tiada kes dikesan di kelompok tersebut.

 



Dalam kenyataannya pada Jumaat (13 Nov), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata tiada lagi kes dikaitkan dengan kelompok di PPT Lodge 1A (8 Seletar North Link) sepanjang dua tempoh inkubasi selama 28 hari, justeru ia ditutup.



Namun terdapat 12 kes Covid-19 baru pada Jumaat, kesemuanya kes import.

 



Kes-kes itu sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di Singapura.




Dua daripada kes tersebut mempunyai kontak dengan satu sama lain.

 



Mereka merupakan pemegang pas kerja dan pemegang pas tanggungan warga India yang datang ke sini dari Amiriah Arab Bersatu (UAE). 



Salah satu kes import pula merupakan wanita warga Singapura berusia 19 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan dari Perancis.



Sementara itu MOH berkata tiada kes dalam masyarakat mahupun di dormitori dilaporkan.  




Dalam pada itu, enam lagi individu telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang pulih dari Covid-19 di sini sebanyak 58,008.




Namun masih terdapat 50 pesakit di hospital, tambah MOH, tetapi tiada antara mereka berada di unit jagaan rapi (ICU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >