Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok kes di Bukit Merah: Penduduk risau, namun tenang jalani ujian swab

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



DENGAN tiga kelompok jangkitan dalam estet kejiranan dan kes jangkitan baru yang muncul di tempat awam, penduduk Bukit Merah secara umumnya rasa prihatin dan bimbang tentang keadaan Covid-19 di kawasan tempat tinggal mereka.



Namun, beberapa penduduk yang ditemui Berita Harian (BH) semalam berkata mereka tetap kekal tenang dan terus mengamalkan jarak selamat dan kebersihan demi menjaga keselamatan.



Semalam, penduduk yang tinggal di tujuh blok di Redhill Lane dan Redhill Close dilihat menjalani ujian swab di ruang tambahan di 84A Redhill Lane dan kolong blok 89 Redhill Close selepas cebisan virus Covid-19 dikesan dalam sampel air sisa yang diperolehi dari beberapa blok di kawasan itu.



Blok yang terjejas ialah 81, 82 dan 83 Redhill Lane dan 87, 88, 89 dan 90 Redhill Close.



Ujian bagi penduduk di tujuh blok itu dilakukan dari kelmarin hingga hari ini.



Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin berkata ia sedang menyiasat kemungkinan penularan Covid-19 berlaku di Redhill berikutan dapatan itu, dan siasatan dijalankan untuk menentukan sumber penularan.



Semalam, BH telah bertemu dengan beberapa penduduk yang menjalani ujian swab di dua pusat ujian itu.



Antaranya ialah Encik Ishak Anis, 60 tahun, yang tinggal di Blok 88 Redhill Close. Beliau menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan beliau tentang ujian swab itu kelmarin.



"Saya rasa terkejut. Saya lakukan ujian swab sebagai langkah berhati-hati dan untuk mengikuti permintaan MOH demi keselamatan dan kesihatan semua," kata beliau, yang sudah tinggal di blok itu sejak 27 tahun lalu.



Seorang lagi penduduk, Cik Nadirah Nahur Mydin, 22 tahun, pula berkata beliau dan keluarganya tidak sangka bahawa blok mereka terjejas dan mereka harus menjalani ujian swab.



"Saya rasa ada baiknya mereka menjalani ujian swab untuk estet ini demi keselamatan orang ramai.



"Tetapi kami sekeluarga rasa bimbang kerana kami tidak tahu jika cebisan virus yang dikesan melalui sampel air sisa dapat menjangkiti penduduk lain," ujar duta keselamatan itu.



Seorang lagi penduduk, Cik Jumimah Ali, 42 tahun, berkata beliau dan ibunya, Cik Joom Ahamad, 71 tahun, telah melakukan ujian swab secara sukarela sebagai langkah berhati-hati walaupun mereka tidak tinggal di tujuh blok yang terjejas itu.



Ini kerana mereka berdua telah mengunjungi pasar berdekatan dan juga pasar raya FairPrice di 166 Bukit Merah Central, di mana terdapat beberapa kes Covid-19 dalam kalangan individu yang telah mengunjungi pasar raya itu.



Operasi ujian khas akan dijalankan bagi semua kakitangan pasar raya tersebut, dan ujian percuma juga dilanjutkan untuk orang awam yang mengunjungi pasar raya itu antara 3 dengan 21 Jun, kata MOH sebelum ini.



"Saya rasa bimbang sebab saya dan mak telah pergi ke pasar dan Fairprice pada 13 Jun lalu. Saya dan mak saya ada penyakit kronik dan kami juga belum lagi menerima vaksin.



"Kami lakukan ujian swab ini untuk pastikan yang kami betul-betul selamat daripada Covid-19," kata Cik Jumimah, yang tinggal di Lengkok Bahru.



Kelmarin, lima lagi kes ditambahkan ke dalam kelompok jangkitan Pasar dan Pusat Makanan 115 Bukit Merah View, menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kelompok itu mencapai 78.



Terdapat juga dua kelompok yang dikenal pasti di 119 Bukit Merah View dan 121 Bukit Merah View.




"Kami lakukan ujian swab ini untuk pastikan yang kami betul-betul selamat daripada Covid-19."
- Cik Jumimah Ali, yang tinggal di Lengkok Bahru.




Laporan lanjut:



  • Muka 4-5




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >