Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: KENYATAAN MENTERI MENGENAI RESPONS SELURUH PEMERINTAH TERHADAP COVID-19

Kelompok KTV kini terkawal: Ong Ye Kung

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



KELOMPOK jangkitan virus Covid-19 di KTV merupakan halangan utama yang tidak dijangka dalam perjalanan negara untuk pembukaan secara progresif tetapi pada awalnya ia tidak mengubah rancangan Singapura untuk membuka kembali ekonomi.



Namun perjalanan itu tergelincir selepas beberapa kes Covid-19 dikesan di kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP), yang merupakan kelompok lebih besar.



Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung berkata demikian semasa menyampaikan Kenyataan Menteri bagi respons seluruh pemerintah terhadap Covid-19, di parlimen semalam.



Menurutnya, atas nasihat pakar perubatan yang mengambil kira langkah penjejakan kontak dan ujian meluas yang dijalankan serta kadar vaksinasi negara bagi mereka yang menerima dua dos menghampiri 50 peratus, kesimpulannya ialah kelompok itu tidak akan mengubah pelan untuk membuka ekonomi.



Encik Ong, yang merupakan pengerusi bersama bagi pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi menangani pandemik, mengumumkan keputusan MTF untuk membuat penyesuaian kepada peraturan restoran yang membenarkan sehingga lima orang untuk makan di luar bersama, kecuali jika semua telah divaksinasi sepenuhnya.



"Berdasarkan perkembangan kelompok itu, kami masih percaya itu merupakan langkah yang betul," katanya.



Kelompok KTV kini dapat dikawal dengan bilangan mereka yang dijangkiti setiap hari sepanjang tiga hari lalu, adalah satu angka.



Sehingga Ahad lalu, kelompok KTV mempunyai sejumlah 237 orang yang dijangkiti.



Sepanjang tiga hari lalu, bilangan kenaikan dalam mereka yang dijangkiti setiap hari bagi kelompok itu masing-masing ialah enam, lima dan lima, katanya di Parlimen.



Selain itu, Encik Ong turut memberikan respon terhadap soalan yang diajukan Encik Xie Yao Quan (GRC Jurong) tentang sama ada negara akan menimbangkan untuk menyuruh individu dalam kelompok KTV membayar bagi perbelanjaan perubatan Covid-19 mereka sepenuhnya.



"Kita semua kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab para individu yang terlibat dalam kelompok KTV, tetapi kita mempunyai tanggungjawab awam untuk memastikan semua menerima jagaan perubatan yang mereka perlukan," kata Encik Ong.



"Kita juga tidak mahu individu terutama mereka yang dijangkiti mengelakkan diri daripada menjalani ujian dan mendapatkan rawatan, atau tidak memberitahu penjejak kontak tempat yang telah mereka kunjungi kerana khuatir akan dikenakan penalti.



"Ini akan menjadikannya lebih sukar untuk mengawal penularan dan mungkin akan menjadi lebih mahal untuk kita dalam jangka masa panjang."



Namun pada 16 Julai beberapa jangkitan telah dikesan di JFP dan pasar Hong Lim di kalangan penjual ikan dan penolong gerai.



Kementerian Kesihatan (MOH) dengan bantuan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengambil langkah serta-merta untuk mengalak lebih banyak penularan dengan menghentikan penjual ikan dan penolong gerai daripada membuka gerai pada Ahad itu.



Daripada 1,548 yang diuji, 43 didapati positif Covid-19 yang menunjukkan penularan dalam masyarakat telah pun berlaku secara senyap.



MTF kemudian mengumumkan negara kembali ke Fasa Kedua (Kewaspadaan Dipertingkat), pada Khamis lalu.



"Kita melakukan demikian agar dapat memberikan masa untuk mendapatkan lebih ramai warga divaksinasi agar kita dapat meneruskan laluan hidup dengan Covid-19 secara selamat," kata Encik Ong lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >