Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok libatkan 116 kes jangkitan di Institut Kesihatan Mental

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH kelompok Covid-19 merangkumi 116 kes jangkitan telah timbul di Institut Kesihatan Mental (IMH).



Sebanyak lapan kes ditambahkan ke dalam kelompok itu kelmarin, yang kini mempunyai 108 pesakit dalam hospital dan lapan kakitangan yang dijangkiti.



IMH berkata kebanyakan kes pesakit datang dari tiga blok di hospital itu, iaitu Blok 4, 5 dan 6.



Kemasukan pesakit ke dalam wad yang terjejas itu telah ditangguhkan, kata IMH, sementara pesakit yang sihat untuk dikeluarkan dari hospital boleh pulang ke rumah selepas mereka diuji negatif bagi Covid-19.



Wad lain di IMH, dan khidmat klinikal seperti Klinik Pakar Pesakit Luar, tidak terjejas dan terus menerima pesakit.



Kes tersebut dikesan melalui ujian pemantauan hospital itu atau kerana pesakit telah mengalami gejala pernafasan semasa di hospital itu.



Sebahagian besar kes merupakan pesakit yang berada di hospital untuk jangka panjang.



IMH tidak dapat memberikan butiran tentang bilakah kelompok itu kali pertama dikesan.



Pesakit dengan Covid-19 diasingkan dan dijaga di wad khusus, kata IMH dalam satu kenyataan.



Kebanyakan pesakit ini tidak menunjukkan gejala atau mengalami gejala ringan yang tidak memerlukan mereka dipindahkan ke hospital akut.



Mereka akan dipindahkan ke hospital akut jika perlu, contohnya dalam kes di mana keadaan mereka bertambah buruk.



"Sejak permulaan penularan Covid-19 di Singapura, IMH telah melaksanakan langkah pemantauan dan kawalan jangkitan ketat bagi pengunjung, pesakit dan kakitangan.



"Langkah-langkah ini disesuaikan mengikut keadaan semasa dalam masyarakat, dan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH)," kata IMH.



IMH berkata kakitangan yang menghadapi pesakit kini perlu menjalani ujian rutin dijadualkan dan menggunakan pelitup N95 di kawasan klinikal.



Mereka sentiasa diingatkan agar tidak pergi bekerja jika mereka tidak sihat, dan untuk mendapatkan nasihat perubatan dengan segera.



Pesakit dalam hospital diberikan ujian swab sebelum dimasukkan ke dalam hospital dan sepanjang mereka berada di IMH.



Mereka juga diberikan pelitup untuk dipakai semasa di hospital.



Kakitangan memeriksa suhu pesakit dua kali sehari dan pesakit dengan tanda-tanda penyakit diasingkan dengan segera.



IMH berkata ia juga telah menawarkan vaksinasi Covid-19 kepada semua pesakit akut dan yang tinggal lama di hospitalnya, dan juga pesakit luar, sambil menambah lebih 90 peratus pesakit yang tinggal untuk jangka panjang telah divaksinasi.



Suntikan penggalak bagi pesakit yang tinggal untuk jangka panjang juga sedang dijalankan, kata IMH.



Pada Ogos lalu, sebuah kelompok merangkumi enam kes muncul di IMH. Kes tersebut dikesan di dua wad dan merangkumi seorang jururawat kakitangan, seorang atendan kesihatan dan enam pesakit.



Wad tersebut ditutup, dengan lawatan, kemasukan hospital dan keluar hospital digantung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >