Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok Omicron baru dikesan di S’pura, semua 10 kes berkait The Vinyl Bar di River Valley Road

Dec 25, 2021 | 11:41 PM



SEBUAH kelompok Omicron melibatkan 10 kes berkait The Vinyl Bar di River Valley Road telah dikesan.





Semua 10 kes itu sudah divaksin sepenuhnya dan mengalami simptom ringan atau tidak menunjukkan sebarang simptom, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (25 Disember).





MOH sedang mengawal kes tersebut melalui pengesanan kontak, kata kenyataan itu.





Kes pertama (primary) dalam kelompok adalah seorang lelaki yang tiba di Singapura pada 14 Disember dari Amerika Syarikat melalui penerbangan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL), kata MOH.





Ujian ketibaan lelaki itu menunjukkan beliau negatif bagi Covid-19 tetapi beliau kemudian diuji positif pada 18 Disember, kata MOH.





Pada 15 Disember, lelaki itu bertemu dengan seorang rakan kerja, yang dua hari kemudian mengunjungi The Vinyl Bar di 266 River Valley Road.





Siasatan epidemiologi mendapati bahawa kunjungan rakan sekerja lelaki itu berkemungkinan menyebabkan virus menular kepada kakitangan bar, serta tiga pelanggan yang berada di sana pada petang itu.





Salah seorang pelanggan kemudiannya menjangkiti empat anggota isi rumah.





Kakitangan dan pengunjung The Vinyl Bar yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kes baru itu akan dikuarantin, kata MOH.





Sebagai langkah berjaga-jaga, kakitangan dan pengunjung yang berada di bar pada masa yang sama dengan rakan sekerja kes lelaki itu pada 17 Disember akan dihubungi MOH untuk mengambil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) sekali.





Sementara itu, semua pengunjung The Vinyl Bar dinasihatkan untuk memantau kesihatan mereka, dan mengurangkan interaksi sosial selama 14 hari dari tarikh lawatan mereka.





“Mereka digalakkan berjumpa doktor dengan segera sekiranya rasa kurang sihat,” kata MOH.





Dalam kemas kininya, MOH mengesahkan 448 kes Omicron dikesan di Singapura.





Daripada jumlah itu, 369 kes melibatkan kes import manakala baki 79 kes adalah kes dalam masyarakat.





Ia menambah bahawa lebih banyak kes Omicron dikesan kerana varian itu sedang menyebar dengan pesat di banyak negara dan wilayah.





Kelompok Omicron pertama disyaki di Singapura berkait dengan gimnasium Anytime Fitness di pusat beli-belah Anytime Fitness, dan dilaporkan pada Selasa lalu.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >