Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok pusat makan Bukit Merah View kini 56 orang; operasi ujian khas di Tiong Bahru dijalankan

Jun 17, 2021 | 11:27 PM



OPERASI ujian khas bagi kakitangan dan penyewa yang kerja di beberapa bahagian Redhill dan Tiong Bahru akan dijalankan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (17 Jun).



Ini sebahagian usaha pemantauan masyarakat dan bertujuan mengesan dan mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat.



"MOH sedang menyiasat kes-kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan individu yang bekerja atau telah mengunjungi 78, 79, 80, 84 dan 85 Redhill Lane, 86 Redhill Close, 18 Jalan Membina dan kedai kopi Tiong Bahru Yong Tao Hu (56 Eng Hoon Street).



"Demi mencegah sebarang jangkitan meluas dan tidak dikesan dalam masyarakat, kami akan menjalankan operasi ujian khas bagi semua kakitangan dan penyewa yang telah bekerja di premis ini," kata MOH.



Terdapat 17 lagi orang yang ditambahkan ke kelompok pusat makanan Bukit Merah View pada Khamis malam (17 Jun), yang kebanyakannya bekerja di pusat makanan atau merupakan ahli keluarga mereka, kata kementerian itu.



Ini menjadikan jumlah kes dalam kelompok tersebut menjadi 56, sekaligus menjadikan kelompok terbuka itu yang terbesar sejak kelompok MINDSville @ Napiri. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >