Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Kelong' Euro 2021: Interpol berkas 1,400 di Asia, Eropah

Sep 19, 2021 | 05:30 AM



USAHA Polis Antarabangsa (Interpol) memerangi sindiket perjudian haram melibatkan kejohanan Kejuaraan Bola Sepak Eropah UEFA tahun ini dengan kerjasama 28 agensi penguatkuasa pelbagai negara membuahkan hasil apabila seramai 1,400 orang dari Asia dan Eropah berjaya diberkas.



Operasi SOGA VIII yang turut melibatkan Pasukan Polis Singapura (SPF) menyaksikan pembanterasan sindiket perjudian haram melibatkan anggaran AS$465 juta ($627 juta) wang taruhan.



Menurut kenyataan polis semalam, sebagai sebahagian daripada operasi, ia melakukan satu siri operasi penguatkuasaan antara 11 Jun dengan a 31 Julai lalu, yang membawa kepada penangkapan 72 orang di sini - dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian jarak jauh.



Hasil operasi tersebut, wang tunai berjumlah lebih $800,000, komputer, komputer riba, telefon bimbit dan pelbagai barangan lain yang dipercayai digunakan bagi memudahkan aktiviti perjudian haram telah dirampas.



Siasatan ke atas kesemua 72 orang sedang dijalankan.



Di bawah Akta Perjudian Jarak Jauh 2014, sesiapa yang turut serta dalam perjudian jarak jauh secara haram boleh didenda tidak melebihi $5,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan, jika disabitkan dengan kesalahan atau kedua-duanya sekali.



Sesiapa yang menyediakan khidmat perjudian jarak jauh secara haram pula boleh didenda tidak kurang dari $20,000 dan tidak lebih $200,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Penolong Pesuruhjaya Kanan How Kwang Hwee berkata, siri operasi yang dijalankan oleh SPF dengan kerjasama Interpol memperkukuh tekad mereka untuk membanteras sindiket rentas negara yang melibatkan perjudian jarak jauh secara haram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >