Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelonggaran kemasukan sempadan bagi negara serantau, VTL baru dilancar bagi Finland dan Sweden

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



PENGUNJUNG dari negara dan wilayah dalam Kategori II/III, termasuk yang di bawah skim Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL), tidak lama lagi boleh melakukan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) atau ujian pantas antigen (ART) yang dilakukan secara profesional bagi ujian prakeberangkatan mereka ke Singapura.



Ini termasuk para pengunjung dari Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina. Ini akan bermula pada 11.59 malam Khamis ini.



Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk memperluaskan jenis ujian yang diiktiraf sebagai ujian prakeberangkatan (PDT) yang sah bagi pengunjung dari negara atau wilayah dalam Kategori II/III, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Mereka yang ingin menjalani ujian ART harus melakukannya dalam tempoh dua hari sebelum berangkat ke Singapura dan hasil ujiannya mesti negatif.



Sementara itu, sebanyak 14 negara akan dimasukkan ke dalam Kategori II mulai 11.59 malam pada Khamis ini.



Ini termasuk Kemboja, Mesir, Hungary, Indonesia, Israel, Malaysia, Maldives, Qatar, Rwanda, Samoa, Afrika Selatan, Tonga, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.



Sebanyak 23 negara pula - Argentina, Bangladesh, Belarus, Brazil, Chile, Colombia, Ethiopia, India, Kuwait, Laos, Mexico, Myanmar, Nepal, Oman, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Romania, Russia, Serbia, Sri Lanka, Thailand dan Ukraine - akan diletakkan dalam Kategori III.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF), berkata dalam sidang media semalam bahawa Singapura akan "terus menyemak dan menyesuaikan langkah sempadan kita dan mengemaskini klasifikasi negara dan wilayah" sedang situasi global berubah.



Dalam pada itu, Singapura turut mengumumkan pelancaran skim VTL bersama Finland dan Sweden pada 29 November ini, dengan permohonan dibuka pada 22 November.



Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, dalam sidang media MTF semalam berkata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan memberikan butiran lanjut lebih dekat dengan tarikh permohonan dibuka.



Encik Iswaran turut berkata pemerintah kini sedang dalam perbincangan bersama rakan di Timur Tengah dan Asia Pasifik bagi skim VTL itu.



"Kami akan memantau dengan dekat situasi dan secara bertahaptahap melanjutkan skim VTL kepada lebih banyak negara, dibimbing oleh penilaian kesihatan awam dan pengkategorian risiko MOH, serta pertimbangan operasi seperti pengesahan digital status vaksinasi pengunjung," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >