Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluar dari zon selesa demi raih kejayaan

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



MESKI tidak mengambil subjek kesusasteraan di sekolah, pelajar Sekolah Menengah Northbrooks, Encik Ahmad Mikhail Rauff tetap mengambil bahagian dalam pertandingan kesusasteraan, Tea, Tiffin and Poetry Writing Competition.



Malahan, beliau mendapat sijil kerana menulis puisi yang paling merangsang minda.



Di samping itu, apabila ditawarkan untuk mengambil kombinasi tiga subjek sains dan sekolahnya tidak mempunyai tawaran sedemikian, beliau sanggup mengikuti pengajian tersebut di luar waktu sekolah.



Demi minatnya terhadap subjek Matematik juga, anak bongsu empat beradik ini memberanikan diri mengambil bahagian dalam Sekolah Asian Matematik Olimpiad pada 2021 dan telah menerima sebutan terhormat dalam pertandingan itu.



Pendek kata, anak muda 17 tahun ini tidak pernah gentar daripada kepompong keselesaannya.



"Bagi saya, jika anda tidak keluar daripada zon keselesaan, anda tidak pernah akan berkembang.



"Saya mahu merebut peluang ini untuk meninjau sejauh mana kebolehan saya dalam sesuatu perkara yang saya ceburi," ujarnya.



Iltizam yang ditonjolkan itu secara tidak langsung mendorongnya untuk terus meraih kejayaan dalam peperiksaan GCE peringkat O yang keputusannya baru dikeluarkan minggu lalu.



Beliau berjaya meraih 7 mata atau semua gred A bagi L1R5.



Meskipun demikian, Presiden Majlis Pelajar ini tetap mengalami kesukaran dalam Bahasa Melayu.



Mujur guru sekolahnya, Cikgu Dian Farhana Akbar dan Cikgu Nuruljannah Juma'at banyak membantu dan memberi rangsangan kepadanya.



Kata Cikgu Diana:



"Sebagai pelajar, Mikhail merupakan contoh terbaik untuk pelajar lain. Setiap maklum balas yang diberikan kepadanya untuk Bahasa Melayu, beliau akan menitikberatkannya dan cuba untuk memperbaikinya."



Luar daripada bidang akademik, Encik Mikhail yang juga merupakan Presiden Majlis Pelajar, banyak melaksanakan aktiviti yang dapat menyatukan pelajar sekolahnya.



Antaranya beliau telah menerajui satu pertandingan sukan dalam talian dengan memanfaatkan permainan "gaming" popular, 'Call of Duty.'



Ternyata dengan pandemik yang melanda, di mana kebanyakan pelajar lebih 'melekat' kepada teknologi, pertandingan tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar.



"Ia bak satu rangsangan dan suntikan semangat yang baik. Kita jarang bertemu antara satu sama lain sepanjang dua tahun ini, tetapi dengan cara ini kita masih dapat bersatu bersama di alam maya menerusi satu pertandingan yang dapat mengeratkan lagi ukhwah antara pelajar," kata anak kepada eksekutif perniagaan dan pensyarah ini, yang akan meneruskan pengajiannya ke maktab rendah.




"Bagi saya, jika anda tidak keluar daripada zon keselesaan, anda tidak pernah akan berkembang. Saya mahu merebut peluang ini untuk meninjau sejauh mana kebolehan saya dalam sesuatu perkara yang saya ceburi."
- Encik Ahmad Mikhail Rauff.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >