Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluaran perkilangan tumbuh perlahan 3.4% pada Mac

Apr 27, 2022 | 05:30 AM



KELUARAN sektor perkilangan Singapura meneruskan pertumbuhan namun pada rentak lebih perlahan pada bulan lalu, selepas mencatatkan prestasi kukuh pada Februari, berikutan kejatuhan dalam pengeluaran farmaseutikal.



Menurut perangkaan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), pengeluaran perkilangan meningkat 3.4 peratus pada Mac berbanding tempoh sama tahun lalu - pertumbuhan buat enam bulan berturut-turut.



Ini berbanding pertumbuhan sebanyak 17.5 peratus pada Februari.



Prestasi bulan lalu juga adalah lebih tinggi daripada ramalan pertumbuhan 2 peratus oleh penganalisis yang ditinjau.



Tidak termasuk biomedikal, keluaran perkilangan meningkat 9.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.



EDB berkata sektor elektronik utama menyaksikan pengeluarannya berkembang 14.5 peratus pada Mac berbanding setahun lalu.



Semua segmen mencatatkan pertumbuhan, kecuali peranti komputer dan simpanan data, yang merosot 4.3 peratus.



Dalam kelompok elektronik, segmen semi konduktor menunjukkan prestasi paling kukuh, tumbuh sebanyak 17.3 peratus.



Sektor itu terus disokong oleh permintaan yang mampan daripada pasaran 5G dan pusat data di tengah-tengah kekurangan cip global, kata EDB.



Secara keseluruhan, kelompok elektronik berkembang 14.6 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.



Prestasi paling teruk dialami oleh kelompok biomedikal yang tidak menentu, dengan pengeluarannya merosot sebanyak 26.3 peratus pada Mac, berbanding pertumbuhan 26.1 peratus pada Februari.



Segmen farmaseutikal pula menjunam 39 peratus disebabkan oleh penghasilan campuran berbeza bahan farmaseutikal aktif, jelas EDB.



Segmen teknologi perubatan menguncup 7.1 peratus disebabkan permintaan eksport yang lebih rendah untuk peranti perubatan, tambahnya.



Bagi tiga bulan pertama tahun itu, keluaran biomedikal turun 6.8 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.



Pengeluaran bahan kimia meningkat 0.8 peratus pada Mac berbanding tempoh yang sama tahun lalu.



Segmen bahan kimia lain meningkat 54.2 peratus dengan pengeluaran pewangi yang lebih tinggi, manakala pengeluaran petroleum meningkat 3.8 peratus.



Bagaimanapun, segmen khusus dan petrokimia masing-masing merosot 1.2 peratus dan 16 peratus.



Tambah EDB, pengeluaran petrokimia jatuh disebabkan penutupan untuk penyelenggaraan loji.



Sektor perkilangan merupakan tunggak dalam ekonomi Singapura, menyumbang 20 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >