Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga ‘Super’ Kecoh, ‘Super’ Sayang

Jun 07, 2019 | 05:00 AM



KEKECOHAN keluarga Aiman Salihin ada kalanya membuatkan beliau berasa malu untuk dikaitkan dengan mereka.



Ini terutama sekali apabila seluruh keluarga besarnya menghantar beliau ke Pusat Pertukaran Bas Pasir Ris sebelum beliau memulakan perjalanan Perkhidmatan Negaranya (NS). 



Kehadiran keluarganya itu lengkap dengan bas yang dihiasi nama, muka dan “Aiman in the Army” yang terpampang besar serta sepanduk serta papan tanda yang memaparkan kata-kata sokongan dan dorongan untuknya. 



Namun, di sebalik kekecohan keluarganya itu yang berterusan walau apa jua situasi pun, Aiman menyedari bahawa kecohnya mereka boleh ‘diterjemahkan’ kepada rasa prihatin dan kasih sayang yang ingin dicurahkan keluarganya. 



Itu lah yang dikisahkan skit komedi pendek tulisan dan arahan Encik M.Raihan Halim berjudul ‘Super Kecoh’ yang mengetengahkan kisah Aiman Salihin dan keluarga kecohnya. 



Filem tersebut merupakan terbitan Papahan Films. 



Menurut Encik Raihan, idea bagi skit tersebut tercetus apabila beliau memikirkan tentang keluarganya sendiri yang juga ‘super kecoh’. 



Kekecohan keluarganya itu terserlah antaranya semasa ‘lucky draw’ dianjurkan setiap kali mereka berkumpul dan apabila mereka menyambut kepulangan beliau dan isteri beramai-ramai selepas ‘honeymoon’ dengan “Welcome back” ditulis pada sepanduk. 



“Saya rasa sebagai penulis dan pengarah televisyen dan filem, saya mempunyai penyokong yang begitu baik sekali. 



“Setiap kali saya ditemu ramah di radio atau televisyen, nenek saya pasti akan menonton atau mendengarnya. Beliau juga simpan artikel suratkhabar dalam ‘scrapbook’ yang sebenarnya bekas Tupperware,” kata Encik Raihan. 



Beliau turut akui pada mulanya beliau tidak suka akan kekecohan keluarga.

 

“Namun, di sebalik kekecohan itu adalah sekumpulan individu yang begitu gembira sebagai satu keluarga dan akan mencari peluang untuk meluangkan masa dan meraikan kemeriahan bersama,” katanya.



Encik Raihan menambah keluarganya itu lah yang telah memberikan sokongan sepanjang hidup; semasa persembahan tariannya semasa berusia enam tahun sehinggalah semasa beliau melalui proses penceraian. 



“Baik semasa sedih mahupun gembira, mereka lah yang telah memberikan sokongan yang berterusan... dan kekecohan itu tidak pernah berhenti,” katanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >