Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga bekas pemain bola sepak terima $100,000 daripada Komoco Motors

Aug 01, 2018 | 07:55 PM



KELUARGA Allahyarham Nur Alam Shah, bekas pemain kelab bola sepak Woodlands Wellington yang meninggal dunia Mei lalu, menerima sumbangan wang sebanyak $100,000 daripada Komoco Motors Pte Ltd hari ini (1 Ogos).



Wang tersebut bertujuan membantu perbelanjaan keluarga Allahyarham.



Ini termasuk kos pendidikan anak-anaknya yang berusia lima hingga 14 tahun serta kos perubatan anak bongsunya, Muhammad Royyan yang menghidap penyakit jantung kongenital (sejak lahir) yang dikenali sebagai Sindrom Jantung Kiri Hipoplastik atau ‘Hypoplastic Left Heart Syndrome’ (HLHS).



Komoco bekerjasama dengan Yayasan Mendaki untuk menyelaraskan pengagihan tersebut.



Cek bernilai $100,000 itu telah diserahkan kepada isteri Allahyarham, Cik Azean Aziz, 38 tahun, di rumahnya di Senja Road oleh Pengarah Kewangan Komoco, Encik Philip Beng.



Semasa ditemui Berita Harian, Encik Beng berkata dana tersebut merupakan sokongan yang mampu diberikan Komoco kepada keluarga itu.



Menurut beliau, tragedi yang menimpa keluarga itu Mei lalu yang disiarkan di akhbar mendorong syarikat tersebut untuk turut sama menyumbang.



Ramadan lalu, Cik Azean mendapati suaminya Encik Nur Alam, 38 tahun, dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan mulutnya berbuih apabila mahu mengejutkannya bersahur.



Allahyarham, yang merupakan pencari nafkah tunggal keluarganya dikenali kerana giat mengumpul dana buat anak bongsunya, Muhammad Royyan yang menghidapi HLHS.



Penyakit itu disebabkan proses pembentukan bahagian kiri jantung kanak-kanak itu terbantut sekali gus membuat keupayaan jantungnya menyalur darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh, tersekat.



Anak kedua pasangan tersebut, Auni Syuhada, telah meninggal dunia akhibat masalah penyakit yang sama ketika berusia empat bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >